Sunday, July 31, 2011

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk kita menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. 1 Ogos 2011 merupakan tarikh permulaan umat Islam di Malaysia berpuasa. Puasa merupakan satu ibadah wajib yang dituntut di dalam Islam yang bertujuan mendidik dan mendisiplin umatnya agar menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa itu sendiri. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.

Friday, July 29, 2011

29 JULAI 2011 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN

Sempena menyambut bulan Ogos pada minggu hadapan, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan Cemerlang SKBK. Majlis dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal dengan ucapan ringkas tentang sejarah kemerdekaan dan diakhiri dengan teriakan merdeka sebanyak tiga kali. Aktiviti yang dijalankan selain mengebarkan bendera, antara lain nyanyian 4 buah rangkaian lagu iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Malaysia Berjaya.

Cikgu Afidzi mempengerusikan majlis
Murid-murid mengibarkan Jalur Gemilang
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan pelancaran bulan kemerdekaan

Murid mendengar ucapan dengan penuh teliti
Kibaran Jalur Gemilang menaikkan semangat murid-murid menyambut kemerdekaan negara 

29 JULAI 2011 - SAMBUTAN BULAN KECERGASAN

Acara pagi sempena Sambutan Bulan Kecergasan di Dewan Cemerlang bagi sesi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Zuhaili b. Mohd Zin tentang Penjagaan Kesihatan Diri. Seterysnya murid-muird ke dataran perhimpunan bagi acara Senam Seni yang diketuai oleh Cikgu Yusri. Berikutnya adalah acara  perlawanan futsal antara murid dan juga antara guru dan murid di dataran SKBK.
Murid berkumpul di dewan bagi mendengar sesi awal taklimat
Cikgu Afidzi selaku pengacara majlis
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan
Cikgu Zuhaili menyampaikan ceramah berkenaan Penjagaan Kesihatan Diri
Murid-murid mendengar dengan khusyuk ceramah yang disampaikan
Sesi kuiz, seorang murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru
Murid yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah.
Acara senam seni diketuai oleh Cikgu Yusri
Cikgu Zuhaili dan Cikgu Adam dengan lenggang-lenggang kangkung
Perlawanan futsal 5 sebelah bermula
Perlawanan futsal antara guru dan murid

28 JULAI 2011 - MAJLIS PERPISAHAN PN.JAMALIAH JOHARI

Bertempat di Segi Steamboat Shah Alam, pihak sekolah meraikan Majlis Perpisahan Pn. Jamaliah Johari (PAR) yang akan berpindah ke SK Bkt Kemuning 2. Pn. Jamaliah sudah berkhidmat selama 12 tahun di SK (A) Bukit Kemandol dan telah menjalankan tugas yang cemerlang sepanjang berada di sekolah ini. Beliau merupakan seorang yang periang dan sentiasa disenangi oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Meraikan majlis pada hari ini, seramai 14 orang guru turut hadir bersama iaitu Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal, GPK Tadbir, En. Abdul Halim, Cikgu Rizal, Cikgu Zin, Cikgu Yusri, Cikgu Afidzi, Cikgu Zuhaili dan Cikgu Kamil. Manakala barisan pentadbir dan guru perempuan pula adalah Pn. Maslimah, Cik Norbaizura, Cik Norhayati dan juga kakitangan sokongan sekolah Pn. Sarina dan Cik Izzati. Majlis yang diacarakan oleh Cikgu Afidzi bermula dengan ucapan Tuan Guru Besar, disusuli dengan ucapan yang diraikan, Pn. Jamaliah. Sebaik acara makan selesai, sesi penyampaian cenderamata pula berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah di atas kenaikan pangkat yang diterima. InsyaAllah kita berjumpa lagi.
Cikgu Afidzi sebagai pengacara majlis sedang berucap
Menunggu dengan sabar nak makan nihhh...
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan
Pn. Siti Natasha menyampaikan ucapan
Ucapan yang diraikan,Pn. Jamaliah Johari
Cikgu Zin memberikan ucapan sepatah dua sebelum mebacakan doa
Acara makan bermula...
Cikgu Zuhaili mengambil dengan gelojoh nampaknya..heheh
Cikgu Afidzi bersama Pn. Jamaliah Johari
Meja cikgu-cikgu perempuan mula dibanjiri makanan...
Kak Ina melayan kawan baik, Kak Jem memasukkan makanan
Cik Izzati dan Cik Norhayati menikmati makanan dengan sopan
Barisan meja guru-guru lelaki yang kemas dan tersusun rapi
Penyampaian cenderamata dari pihak sekolah
Pn. Maslimah menyampaikan sumbangan daripada Prasekolah
Cikgu Halim menyampaikan cenderamata sumbangan Kelab Guru (Hari Lahir)
Cikgu Norbaizura menyampaikan hadiah peribadi
Cikgu Azmi menyampaikan cenderamata peribadi
Akhirnya..ini dia meja cikgu-cikgu perempuan setelah 1 jam menjamu selera
Meja guru lelaki yang kemas dan tersusun setelah santapan terakhir
Penyampaian sumbangan kepada Pn. Sarina
Cikgu Fizi menyampaikan ucapan penutupan
Pn. Jamaliah memohon kemaafan sebelum meninggalkan majlis

Wednesday, July 27, 2011

28 JULAI 2011 - MEMORI DI BAWAH POHON CERI....

Hari ini, genap 12 tahun perkhidmatan seorang Pengawal Keselamatan sekolah, En. Jayaraman A/L Velayudhan. Sebagai meraikan persaraan beliau, sebuah majlis ringkas di adakan bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selain menjaga keselamatan persekitaran sekolah, En. Jayaraman antara lain banyak meluangkan masanya dengan membersihkan sekitar hadapan sekolah terutamanya di bawah pohon ceri di pintu utama pagar sekolah. Beliau mempunyai empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini iaitu Rekha (Tahun 6), Sopana (Tahun 5), Syamni (Tahun 2) dan Grinath (Tahun 1) dan antara murid yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Walaupun En. Jayaraman seorang yang tidak berpendidikan tinggi, namun beliau merupakan seorang yang berjaya di dalam bidang penternakan. Rezeki tidak akan datang bergolek, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, itulah antara yang boleh dicontohi murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh En. Jayaraman sepanjang bertugas di sekolah ini dan kami sentiasa doakan kesejahteraan beliau. Selamat bersara dan salam perpisahan.

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan sepatah dua kata
Murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar
Yang diraikan, En. Jayaraman bersama GPK Tadbir, En. Abdul Halim Ahmad
Barisan guru yang turut hadir
En. Jayaraman menyampaikan ucapan
Guru Besar diiringi En. Abdul Halim menyampaikan hadiah kepada En. Jayaraman
Cenderamata dari pihak sekolah turut diterima oleh En. Jayaraman
Jamuan ringkas meraikan En. Jayaraman

Monday, July 25, 2011

25 JULAI 2011 - KELAS ASAS SOLEKAN & DANDANAN (KELAS DEWASA)

Satu sesi asas solekan dan dandanan bagi Kelas Dewasa telah dikelolakan oleh Cikgu Kamil selaku Penyelaras Kedap bersama-sama Cikgu Salinda, Cikgu Maslimah dan Cikgu Baizura. Kelas asas ini telah menjemput seorang guru sekolah ini juga iaitu Cikgu Mohd Afidzi selaku juru andaman yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang solekan. Sebelum proses solekan berlangsung, Cikgu Afidzi menerangkan alatan yang diperlukan bagi asas solekan sebelum mengaplikasikan penggunaan kepada model yang dipilih iaitu adik Aishah. Sebaik solekan telah siap sepenuhnya, para peserta di dalam kumpulan diminta mengambil seorang model untuk dicantikkan berdasarkan kepada apa yang telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Afidzi. Berikut gambaran yang boleh diberikan sepanjang dua jam kelas tersebut berlangsung.

Cikgu Afidzi menerangkan alat solekan dan cara pengunaannya
Peserta kelas mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Cikgu Afidzi
Bahan dan alatan solekan tersedia di atas meja
Adik Aisyah Lalat sebagai model untuk disolek
Cikgu Afidzi memulakan solekan
Peserta memerhatikan dengan penuh perhatian, kelihatan Tuan Guru Besar turut sama berada di dalam kelas
Cikgu Afidzi memberi sentuhan terakhir
Hasil yang sungguh memukau pandangan
Peserta secara berkumpulan memulakan solekan model masing-masing
Peserta ini nampaknya bersungguh menyolek mata kawannya
Itu dia wajah yang masih belum ditransformasikan
Pn. Iama setelah disolek
Pn. Halijah dengan penampilan baru pada wajah
Pn. Jinah bak seniwati filem 60an
Pn. Atai dengan pandangan mata memukau
Itu dia Saloma Bkt Kemandol, Pn. Sarinam
Barisan model-model yang telah disolek dipertontonkan
Cikgu Afidzi memberikan komen terhadap solekan model peserta
Asas solekan yang betul diterangkan oleh Cikgu Afidzi.