Monday, July 4, 2011

03 JULAI 2011 - KEJOHANAN BALAPAN & PADANG TAHUNAN KALI KE 15

Kejohanan Balapan & Padang Kali ke 15 SK (A) Bkt Kemandol berlangsung dengan jayanya. Bermula pada awal pagi dengan hujan renyai membasahi bumi, tidak mematahkan semangat guru-guru, murid-murid dan ajk yang terlibat bagi menjayakan kejohanan antara terpenting di sekolah ini. Kejohanan yang dirasmikan oleh Penyelaras Parlimen Kuala Langat, Dato' Sulaiman b. Karli turut dihadiri oleh Kelat Anak Budin (Tok Batin Kg Bkt Kemandol), En. Keling Anak Dun (Pengerusi JKKK Kg Bkt Kemandol) dan juga bekas GPK Koko, En. Mohd Ayob b. Ahmad dan bekas GPK HEM, En. Sahruddin b. Halil. Sebanyak 29 acara berlangsung semasa kejohanan yang bermula pada jam 8pagi dan berakhir pada jam 130ptg dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang. Selain daripada acara padang,balapan dan sukaneka, pertandingan turut melibatkan hiasan rumah sukan tercantik dan perarakan terbaik.  Pada tahun ini, Rumah Zuhal sekali lagi merangkul kejuaraan keseluruhan menewaskan rumah Marikh di tangga kedua dan Rumah Uranus di tangga ke tiga. Pemilihan Olahragwan Terbaik jatuh kepada adik Junipree Kemok (Zuhal), manakal Olahragawati Terbaik disandang adik Natasha Dali (Zuhal). Tahniah dan syabas diucapkan kepada para pemenang. Ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung terutamanya guru-guru sebagai AJK dan PIBG, belia-belia dan penduduk Kg. Bukit Kemandol serta penaja-penaja yang telah memberikan sumbangan bagi menjayakan Kejohanan Balapan dan Padang Kali ke 15 SK (A) Bukit Kemandol. Sehingga berjumpa lagi di tahun hadapan!
Barisan Khemah Kontijen Rumah Sukan
Kontijen Rumah Zuhal bersama Cikgu Maslimah dan Cikgu Fidzi
Khemah kontijen rumah Marikh
Khemah Kontijen Rumah Uranus
Khemah kontijen rumah Zuhal
Barisan khemah VIP, Urusetia, dan Kontijen-Kontijen Rumah Sukan
Senam Sihat 1 Malaysia di pertengahan acara
Barisan ibu bapa yang turut serta dalam acara Senam Sihat 1 Malaysia
Cikgu Yusri mengetuai aktiviti Senam Sihat 1 Malaysia, turut kelihatan Cikgu Afidzi
Sukaneka - Tarik Bola dengan Gelung
Sukaneka - Skipping berganti-ganti
Balapan - 70m, 140m, 4 x 70m & 4 x 140m
Kontijen Rumah-rumah sukan bersedia di khemah masing-masing
Kontijen Prasekolah
Ketua Kontijen Perbarisan dan Pembawa bendera Kejohanan
Tetamu Kehormat, dari kiri, En. Keling Anak Dun (Pengerusi JKKK Kg Bkt Kemandol, Guru Besar En.Azmi Kamal b Mat Lazim, Penyelaras Parlimen K.Langat, Dato' Sulaiman b. Karli, YDP PIBG, En. Azis b Abdullah, Mantan GPK Koko, En. Ayob b. Ahmad turut hadir bagi meraikan Kejohanan Balapan dan Padang SKBK 2011.
Tetamu kehormat bersedia menerima tabik hormat daripada Kontijen Rumah Sukan
Kontijen Rumah Marikh

Kontijen Rumah Zuhal

Kontijen Rumah Uranus
Tuan Guru Besar menyampaikan ucapan

Ucapan Perasmi, Penyelaras Parlimen K.Langat, Dato' Sulaiman Karli





No comments:

Post a Comment