Wednesday, July 6, 2011

06 JULAI 2011 - MAKAN-MAKAN DI SEGI RASA 3 IN 1

Bagi meraikan beberapa kejayaan yang dicapai pihak sekolah beserta tamatnya Kejohanan Balapan dan Padang pada Ahad yang lalu, beberapa orang guru mengambil insiatif untuk mengadakan majlis makan-makan di sebuah restoran stimboat yang terletak di Sek. 23 Shah Alam. Sebaik tamatnya aktiviti kokurikulum dan taklimat khas sempena Hari Terbuka sekolah dan Program Peningkatan Akademik UPSR 2011 di Bagan Lalang, empat buah kereta berserta dua biji motor tiba di tempat yang dijanjikan. Guru-guru yang terlibat adalah Cikgu Abdul Halim, Cikgu Afidzi, Cikgu Yusri, Cikgu Adam, Cikgu Zin, Cikgu Kamil, Cikgu Maslimah, Cikgu Baizura, Cikgu Norhayati, Cikgu Halimi dan Pembantu Pra, Nur Ain. Alhamdulillah, selama 1 jam setengah berada di sana, kami dapat menikmati makanan selain daripada stimboat, turut disertakan adalah BBQ dan sate.

Lokasi Makan-Makan
Cikgu Baizura, Cikgu Maslimah, Cik Ain, Cikgu Halimi dan Cikgu Hayati menikmati makanan
Cikgu Halim dan Cikgu Adam memilih makanan
Cikgu Fizi dan Cikgu Yusri dan anak tak toleh kiri kanan dah
Acara membakar sate siapa yang paling hangit!
Model sate Bukit Kemandol....itu dia, saje-saje posing nih!
Ye Cikgu Adam...pandang kamera nampak...dah kenyang ek..Cikgu Halim gigih duk pulun lagi..hehe
Makan lagi yay..makan lagi yay...makan lagi yay..selagi leh makan kann...
Cikgu Fizi..tiga pinggan sekali hadap jek...hahaha
Aduss...x larat dah nak hadap.....

No comments:

Post a Comment