Hari Terbuka seperti mana sekolah-sekolah lain dijalankan bertujuan untuk memberi kad laporan murid kepada ibu bapa,selain untuk memberi ruang perbincangan antara guru dan ibu bapa terhadap prestasi akademik murid dan perkara-yang lain termasuklah nilai moral,akhlak dan tingkahlaku murid di sekolah. Pihak sekolah telah menempatkan semua guru kelas di Dewan Cemerlang bagi memudahkan ibu bapa murid untuk bertemu dengan guru kelas. Manakala guru prasekolah dan pemulihan khas pula menjadikan kelas mereka sebagai tempat perjumpaan dengan ibu bapa. Adanya Hari Terbuka ini sekurang-kurangnya memberi peluang ibu bapa mengetahui prestasi anak mereka disamping guru dapat menyatakan usaha-usaha yang perlu dilakukan ibu bapa dalam membimbing anak mereka di rumah. Terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dan guru-guru yang menjalankan tugas yang baik sepanjang Hari Terbuka berlangsung.
Ustazah Norhayati mendaftarkan kehadiran ibu bapa |
Cikgu Zuhaili melihat buku laporan murid bersama penjaga murid |
Barisan meja guru kelas bersama ibu bapa dan penjaga murid |
Barisan ibu bapa dan penjaga bersama anak masing-masing menunggu giliran |
Cikgu Kamil bersama bapa seorang murid di Kelas Pemulihan Permata |
Cikgu Yusri bersama penjaga murid |
Cikgu Adam bersama penjaga |
Cikgu Zin bersama penjaga murid |
No comments:
Post a Comment