Friday, February 17, 2012

17 FEB 2012 - SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Bertemakan 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah', perarakan bagi Majlis Sambutan Maulidur telah diadakan bermula di dataran SKBK dan mengelilingi sekitar kawasan rumah teres di Taman Desa Kemandol. Perarakan terdiri daripada barisan guru-guru dan murid dari peringkat pra-sekolah hinggalah ke Tahun 6. Sebaik sahaja perarakan berakhir, majlis seterusnya berlangsung di dewan dengan program tazkirah, bacaan Al-Quran, pertandingan mewarna dan kuiz. Majlis berakhir pada jam 12.05 tengah hari dengan acara penyampaian hadiah. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama yang telah diberikan oleh semua pihak bagi menjayakan majlis ini.



















11 FEB 2012 - MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-16

Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK, Mesyuarat Agong PIBG kali ke-16 telah di adakan dengan jayanya. Kehadiran ibu bapa telah mengetengahkan beberapa isu antara lain bertujuan untuk memperbanyakkan aktiviti dan program antara ibu bapa, murid dan guru. Pihak sekolah mengharapkan, segala aktiviti dan program yang diusulkan dapat dilaksanakan dengan sebaiknya demi kepentingan bersama.
Ibu bapa mendaftar diri di meja pendaftaran


Ibu bapa yang hadir mengambil tempat di dalam dewan

Cikgu Afidzi sebagai Pengerusi Majlis

Ibu bapa mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar

Pengerusi PIBG, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan





08 FEB 2012 - MAJLIS PERPISAHAN & SUMBANGAN KEPADA USTAZAH SALINDA

Sempena meraikan jasa dan pengorbanan seorang guru yang pernah mencurahkan khidmat bakti di sekolah ini, satu majlis telah diadakan untuk Pn. Salinda bt Samsuddin bertempat di kantin sekolah. Antara lain, majlis ini memberi sumbangan penghargaan sepanjang berkhidmat di SKBK,bersama dengan sumbangan kelahiran anak baru dan hadiah hari jadi. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya kepada Pn. Salinda dan bersama mengharumkan nama sekolah walau di mana beliau berada.

Para guru mengambil makanan yang disediakan

Pengerusi Kelab, En. Shahrezal menyampaikan ucapan

Yang diraikan, Pn. Salinda menyampaikan ucapan ringkas

Sumbangan dan hadiah disampaikan kepada Pn. Salinda