BENDERA, LENCANA & LAGU SEKOLAH SEKOLAH

Keterangan Bendera

Bendera SK (A) Bukit Kemandol


Mempunyai 3 jalur bewarna yang terdiri daripada warna merah, putih dan kuning. Di bahagian tengah bendera terdapat lencana sekolah.

KETERANGAN WARNA

Merah - melambangkan keberanian dan kesediaan untuk menempuh segala cabaran
Putih - melambangkan kesucian hati dan menjadi warga yang berhemah
Kuning - melambangkan kedudukan SKBK yang bernaung di bawah negeri berdaulat.

KETERANGAN LENCANA




Lencana sekolah yang terletak di bahagian tengah bendera melambangkan warga sekolah terutama para pelajar bersedia untuk memacu diri menempuh cabaran dan dugaan yang datang dari berbagai arah serta berupaya untuk menghadapi rintangan dengan tekad yang jitu.

Digunakan secara rasmi pada tahun 1983.

Keterangan :
1. Bentuk      : berbentuk perisai yang melambangkan ketahanan dan ketabahan dalam
    menghadapi sebarang dugaan dan ancaman dari persekitaran.

2. Cogankata : cogankatanya berbunyi `RAJIN USAHA JAYA’ ini membawa maksud
    kerajinan dan ketekunan dalam mengusahakan sesuatu itu akhirnya akan
    menempuh kejayaan.

3. Warna     :    ia terdiri daripada tiga warna :
                   3.1     Warna merah dan kuning adalah merupakan lambang Negeri Selangor.
                   3.2     Warna hijau adalah menyatakan latarbelakang sekolah yang terletak di
          kawasan pedalaman dan menunjukkan kesegaran.

4. Buku        : melambangkan ilmu yang dipelajari atau dituntut.

5. Obor        : melambangkan ilmu yang dipelajari itu sebagai penyuluh menerangi hidup.


________________________________________________________________________________

LAGU SEKOLAH

SKBK Sekolah kami,
Rajin usaha jaya moto kami,
Tempat kami menuntut ilmu,
Dengan bimbingan guru,
Cita-cita menuju tinggi,
Rajin belajar setiap hari,
Ilmu penyuluh hidup kami,
Peraturan sentiasa kami junjung tinggi,
Menjadi rakyat pencinta