Sunday, November 18, 2012

08 November 2012 - Hari Kecemerlangan Peajar SKBK Tahun 2012


Menutup tirai takwim tahunan SKBK, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Majlis Kecemerlangan di adakan bagi meraikan murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun.Majlis yang turut dihadiri ibu bapa ini dan peserta Kelas Dewasa telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Ambank Banting. Hadir sama, YDP PIBG En. Azis b Abdullah dan juga Pengerusi JKKK Taman Desa Kemandol, En. Keling Anak Dun. Antara tentatif pada hari tersebut adalah Penyampaian Sijil Penghargaan ; Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Anugerah NILAM,Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Rendah, Anugerah Akademik Cemerlang Murid Tahun 1 – 6, Anugerah Mata Pelajaran Utama Terbaik Tahap 1 & 2 , Anugerah ‘Zero to Hero’ Murid LINUS ke Perdana, Anugerah HEM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Anugerah Tokoh Pelajar dan Anugerah Keluarga Contoh. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan terima kasih di atas semua tetamu yang hadir dalam menjayakan majlis ini. Selamat bercuti dan teruskan mengekalkan kecemerlangan untuk tahun-tahun akan datang.

Murid-murid dan ibu bapa memenuhi dewan.

Suasana di dalam Dewan Gemilang SKBK.

Hadiah dan cenderamata disusun rapi di atas meja.
Hadirin memberi tumpuan semasa majlis berlangsung.

Peserta Kedap yang hadir memeriahkan majlis

Antara ibu bapa yang hadir

Ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak-anak.

Ibu bapa mendengar dengan penuh perhatian

En. Mohd Azrin selaku pengacara majlis
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

Suasana di dalam Dewan Gemilang


Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan Tuan Guru Besar

Pengerusi YDP PIBG menyampaikan ucapan

Pengerusi Ambank Cawangan Banting menyampaikan ucapan

Persembahan murid Tahun 2
Persembahan Murid Tahun 1

Persembahan Murid Pra-sekolah

Murid-murid yang menerima Anugerah bergambar bersama


Friday, November 2, 2012

30102012 - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH


29 OKTOBER 2012 - MAJLIS MAKAN MALAM GURU & STAF SKBK 2012

Mengisi takwim Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan Sekolah SKBK tahun 2012 adalah Majlis Makan Malam Guru & Staff SKBK yang di adakan di Botanic Ambang Resort, Bandar Botanic Klang. Majlis yang bermula pada jam 830 mlm itu telah diacarakan oleh En. Mohd Afidzi. Antara tentatif program malam itu adalah ucapan pengerusi kelab, En. Azmi Kamal b Mat Lazim dan acara kanak-kanak disusuli dengan cabutan bertuah dan anugerah-anugerah khas untuk guru-guru,kanak-kanak dan pasangan masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas usaha Kelab Kebajikan Guru & Staff SKBK dalam menjayakan majlis makan malam ini. Semoga bertambah ikatan persaudaraan dan dalam masa yang sama meningkatkan hubungan antara satu sama lain.

En. Azmi Kamal dan En. Abdul Halim bersama keluarga

En. Mohd Afidzi melayan kerenah anak-anak ahli badan

Antara hadiah bagi cabutan bertuah yang disediakan badan
Kanak-kanak bertanding meniup belon

Kelihatan Cikgu Norbaizura dan Pn. Norhaidar bersama keluarga

Cikgu Azrin dan Azizas mengambil hidangan
Masing-masing menikmati makan malam

Juruacara bersama Pengerusi Kelab Kebajikan

En. Rizal Salam antara penerima hadiah cabutan bertuah
Acara kerusi muzik kanak-kanak

Anugerah 'Couple Best Dress' dimenangi keluarga En. Shahrezal

Anugerah 'Best Family Ever' disandang keluarga En. Azmi Kamal

Wednesday, October 24, 2012

24 OKT 2012 - HARI GRADUASI SKBK TAHUN 2012

Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Kamariah bt Salim telah merasmikan dengan jaya Hari Graduasi SKBK buat pertama kali dalam sejarah sekolah. Turut hadir tetamu kehormat adalah Pn. Hjh Siti Hajar bt Ayub, Penolong Pegawai PPD Klang dan YDP PIBG En. Azis b Abdullah. Majlis yang berlangsung di Dewan Gemilang yang serba baru dan indah melibatkan peganugerah sijil kepada murid Pra sekolah, Tahun 6 dan juga peserta program Kelas Dewasa Asli, Penan & Pribumi (KEDAP). Selain penyampaian sijil, beberapa anugerah turut diberikan kepada murid-murid dan peserta yang cemerlang sepanjang tahun. Pada masa yang sama, tetamu dipersembahkan dengan persembahan murid Tahun 6 yang menyanyikan tiga buah lagu (Solat yang 5 Waktu, Anak Soleh dan Yang Merah itu Saga), peserta KEDAP (Dikir Lukah Menari) dan pra sekolah (Opa Gangnam Style). Sebelum berakhirnya majlis, suatu kejutan diberikan kepada Pn. Hjh Kamariah di mana pihak sekolah meraikan persaraan beliau di dalam perkhidmatan dan juga sempena hari lahir. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam meraikan Hari Graduasi SKBK 2012.


Ibu bapa mendaftar sewaktu hadir ke Majlis Hari Graduasi

Gerai Bundle antara tarikan pada Hari Graduasi

Barisan penerima sijil graduasi menunggu di bawah foyer sebelum berarak masuk ke dalam dewan


Menunggu dengan sabar bagi menerima sijil sempena Hari Graduasi

Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan pengacara majlis

Dewan Gemilang yang penuh ceria dan indah sempena Hari Graduasi

Suasana di dalam Dewan Gemilang

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

GPK Tadbir, En. Abdul Halim bersama Pn. Siti Hajar, Pn Hjh Kamariah dan En. Aziz

Sebahagian ibu bapa yang hadir

Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar

Penerima sijil graduasi bersama ibu bapa berkumpul di dalam dewan

Pn. Hjh Kamariah, mantan Pegawai PPD Klang

Pn. Hajah Kamariah menyampaikan ucapan di hadapan hadirin yang hadir.

En. Azmi Kamal menyampaikan cenderamata kepada Pn. Hjh Kamariah