Sunday, November 18, 2012

08 November 2012 - Hari Kecemerlangan Peajar SKBK Tahun 2012


Menutup tirai takwim tahunan SKBK, seperti mana tahun-tahun sebelumnya, Majlis Kecemerlangan di adakan bagi meraikan murid-murid yang mendapat keputusan yang cemerlang sepanjang tahun.Majlis yang turut dihadiri ibu bapa ini dan peserta Kelas Dewasa telah dirasmikan oleh Ketua Cawangan Ambank Banting. Hadir sama, YDP PIBG En. Azis b Abdullah dan juga Pengerusi JKKK Taman Desa Kemandol, En. Keling Anak Dun. Antara tentatif pada hari tersebut adalah Penyampaian Sijil Penghargaan ; Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Anugerah NILAM,Penyampaian Sijil Tamat Persekolahan Sekolah Rendah, Anugerah Akademik Cemerlang Murid Tahun 1 – 6, Anugerah Mata Pelajaran Utama Terbaik Tahap 1 & 2 , Anugerah ‘Zero to Hero’ Murid LINUS ke Perdana, Anugerah HEM, Anugerah Kecemerlangan Kokurikulum, Anugerah Tokoh Pelajar dan Anugerah Keluarga Contoh. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada semua murid yang berjaya dan terima kasih di atas semua tetamu yang hadir dalam menjayakan majlis ini. Selamat bercuti dan teruskan mengekalkan kecemerlangan untuk tahun-tahun akan datang.

Murid-murid dan ibu bapa memenuhi dewan.

Suasana di dalam Dewan Gemilang SKBK.

Hadiah dan cenderamata disusun rapi di atas meja.
Hadirin memberi tumpuan semasa majlis berlangsung.

Peserta Kedap yang hadir memeriahkan majlis

Antara ibu bapa yang hadir

Ibu bapa yang hadir meraikan kejayaan anak-anak.

Ibu bapa mendengar dengan penuh perhatian

En. Mohd Azrin selaku pengacara majlis
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

Suasana di dalam Dewan Gemilang


Hadirin mendengar ucapan yang disampaikan Tuan Guru Besar

Pengerusi YDP PIBG menyampaikan ucapan

Pengerusi Ambank Cawangan Banting menyampaikan ucapan

Persembahan murid Tahun 2
Persembahan Murid Tahun 1

Persembahan Murid Pra-sekolah

Murid-murid yang menerima Anugerah bergambar bersama


No comments:

Post a Comment