Monday, May 27, 2013

27 & 28 MEI 2013 - LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE P.PINANG

Program Lawatan Sambil Belajar merupakan program yang sentiasa dianjurkan oleh Unit HEM pada setiap tahuan. Pada tahun ini, sekali lagi murid-murid tahap dua seramai 32 orang telah mengikuti lawatan ke Pulau Pinang. Program lawatan ini antara lain bertujuan mendedahkan kepada murid-murid akan destinasi pelancongan yang menarik di Malaysia. Pada masa yang sama, murid-murid juga berpeluang mengetahui sejarah,budaya,sosial, pemakanan dan juga persekitaran yang pastinya berbeza dengan persekitaran dalam kehidupan mereka. Tidak sah sekiranya sekiranya berada di P.Pinang tidak menaiki feri dan mengunjungi Bukit Bendera. Harapan pihak sekolah, murid-murid menggunakan peluang yang diberikan ini dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin. Ini Cuti-cuti SKBK!

Hari Pertama (27 Mei 2013)




















HARI KEDUA (28 MEI 2013) sehingga jam 236ptg)































Friday, May 24, 2013

16 MEI 2013 - SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda merupakan tema Hari Guru pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya,sambutan Hari Guru tetap di adakan di sekolah. Sambutan pada kali ini antara lain adalah bacaan perutusan Hari Guru oleh guru-guru pentadbir, nyanyian lagu - lagu sempena Hari Guru dan juga sesi bergambar. Turut diselitkan adalah sesi pemberian hadiah dari murid kepada guru. Acara sukaneka berlangsung selepasnya dengan penglibatan guru dengan murid disamping acara lain seperti pertukaran hadiah antara guru dengan guru dan lain-lain lagi aktivit yang menghiburkan. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu. Semoga usaha ini terus berterusan dalam melahirkan insan-insan yang berjaya di masa akan datang.