Friday, May 24, 2013

16 MEI 2013 - SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Guru Malaysia : 1 Aspirasi 1 Agenda merupakan tema Hari Guru pada tahun ini. Seperti mana tahun-tahun sebelumnya,sambutan Hari Guru tetap di adakan di sekolah. Sambutan pada kali ini antara lain adalah bacaan perutusan Hari Guru oleh guru-guru pentadbir, nyanyian lagu - lagu sempena Hari Guru dan juga sesi bergambar. Turut diselitkan adalah sesi pemberian hadiah dari murid kepada guru. Acara sukaneka berlangsung selepasnya dengan penglibatan guru dengan murid disamping acara lain seperti pertukaran hadiah antara guru dengan guru dan lain-lain lagi aktivit yang menghiburkan. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru yang telah menjalankan amanah dan tanggungjawab dalam mendidik anak bangsa tanpa mengenal jemu. Semoga usaha ini terus berterusan dalam melahirkan insan-insan yang berjaya di masa akan datang.











No comments:

Post a Comment