Friday, May 10, 2013

03 MEI 2013 - MAJLIS JASAMU DIKENANG, BUDIMU DISANJUNG EN. AZMI KAMAL B MAT LAZIM (2010-2013)

Pertemuan dan perpisahan, adat manusia biasa. Hari ini, bertempat di Dewan Gemilang SKBK, sebuah majlis perpisahan telah di adakan bagi meraikan Guru Besar, En. Azmi Kamal b Mat Lazim yang akan berpindah ke SK Bukit Kuda, Klang. Dari bukit beliau berkhidmat, ke bukit beliau teruskan keringat.Beliau memulakan karier di SK (Asli) Bukit Kemandol pada 16 Julai 2010 menggantikan En. Aziz sebagai guru besar sebelumnya. Selama tiga tahun berada di sekolah ini, En. Azmi Kamal telah membawa beberapa pembaharuan besar antaranya untuk meningkat prestasi akademik. Selain daripada itu, beliau juga berusaha memperkenalkan nama sekolah dengan menjemput pegawai-pegawai sama ada dari JPN ataupun PPD Klang di dalam majlis-majlis rasmi yang diadakan di sekolah ini. Seiring dengan itu juga, pengurusan sekolah dijalankan secara tersusun dan mengikut keperluan semasa. Aspek keceriaan sekolah turut ditekankan dari masa ke semasa. Usaha beliau berterusan dari sekolah lama hinggalah sekolah berpindah ke tempat baru. Tanpa pengurusan dan pentadbiran yang cekap daripada beliau, tidak mungkin usaha perpindahan dapat dijalankan secara lancar. Berikut gambar sekitar Majlis Perpisahan yang diraikan bersama oleh kakitangan sekolah, murid-murid dan peserta KEDAP.




































































No comments:

Post a Comment