Friday, May 24, 2013

15 MEI 2013 - MINGGU PUSAT SUMBER BERSAMA MAHASISWA FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UiTM

Minggu Pusat Sumber kembali lagi. Bertemakan 'Mari Membaca Adikku', program yang dianjurkan bersama mahasiswa-mahasiswa Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Alam telah dijalankan dengan jayanya. Seramai 30 orang mahasiswa berserta seorang pensyarah menyelia program yang dijalankan antara lain mendedahkan kepada murid-murid kepada bahan-bahan bacaan dan sumber ilmu yang berkaitan buku serta lain-lain bahan cetak. Turut diadakan adalah permainan secara berkumpulan yang menggalakkan murid menjalankan aktiviti secara kerjasama,antaranya adalah menyesuaikan gambar dan juga puzzle. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak UiTM kerana sudi menjalankan aktiviti di sekolah ini yang bukan sahaja memberi banyak manfaat kepada murid-murid,tetapi juga kepada keseluruhan warga sekolah. Terima kasih di ucapkan.
































































No comments:

Post a Comment