Tuesday, December 31, 2013

31 DISEMBER 2013 - ORIENTASI MURID PRASEKOLAH, TAHUN 1 & PELAJAR TINGKATAN 1

Sesi persekolahan tahun 2014 akan bermula. Sehubungan dengan itu, program orientasi murid Pra-Sekolah, Tahun 1 dan Tingkatan 1 telah dijalankan. Seramai 25 murid pra sekolah telah mendaftar, sementara tahun 1 seramai 24 orang dan Tingkatan 1, 53 orang. Taklimat-taklimat ringkas dijalankan di setiap kelas yang menempatkan murid-murid akan perkara-perkara yang berkaitan dengan keperluan murid sepanjang sesi persekolahan yang bermula pada 2 Januari 2014.


En. Shamsuddin selaku Penyelaras Sekolah Menengah memberikan taklimat kepada ibu bapa


Pn. Norini selaku Guru Penolong Kanan HEM memberikan taklimat kepada murid tahun 1





Wednesday, November 20, 2013

20 NOVEMBER 2013 - MAJLIS MAKAN MALAM KELAB KEBAJIKAN GURU & KAKITANGAN SKBK TAHUN 2013

Menutup tirai tahun 2013, pihak Kelab Kebajikan Guru & Kakitangan Sekolah (KKGK) telah mengadakan majlis makan malam bertempat di Panmour Villa, Klang bagi meraikan guru-guru dan kakitangan sekolah. Selain itu,majlis perpisahan turut diadakan bagi meraikan perpindahan Guru Besar En. Azmi Kamal b Mat Lazim (2010-2013) serta En. Mohd. Shahrezal b Burhanuddin (2011-2013). Pada masa yang sama,pelbagai aktiviti diadakan untuk penyertaan guru-guru dan staff, kanak-kanak dan juga pasangan masing-masing. Kemuncak acara adalah pengumuman bagi menabalkan King & Queen of the Night iaitu dimenangi oleh Cikgu Mohd Kamil dan Cik Nurhalimi. Turut diumumkan juara nyanyian karaoke 'Bintang Kilauan Emas' serta pemenang bagi acara pertandingan ping pong yang dijalankan sebelum itu di sekolah. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada AJK KKGK yang berusaha menganjurkan majlis makan malam yang mampu mengeratkan lagi hubungan silaturrahim di kalangan kakitangan sekolah sebelum berakhirnya penggal persekolahan tahun 2013. Selamat bercuti,jagalah keselamatan diri,InsyaAllah jumpa lagi di tahun 2014 nanti dengan pelbagai program dan aktiviti!









Untuk lebih gambar ikuti kami di facebook: https://www.facebook.com/media/set/?set=oa.607245656004750&type=1
  

Saturday, November 9, 2013

08 & 09 NOVEMBER 2013 - PERKHEMAHAN PERDANA TKRS

Petang Jumaat 08hb telah bermulanya Perkhemahan Perdana TKRS yang dikendalikan Unit Kokurikulum. Melibatkan penyertaan murid Tahap dua seramai 45 orang dengan pelbagai aktiviti seperti pentauliahan beberapa kriteria untuk kenaikan pangkat, aktiviti masakan dan juga 'night walk'. Program yang berakhir pada 09 November ini sedikit sebanyak telah mendedahkan kepada murid-murid akan persekitaran perkhemahan dan aktiviti-aktiviti yang meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka sepanjang menjadi ahli TKRS.