Wednesday, July 27, 2011

28 JULAI 2011 - MEMORI DI BAWAH POHON CERI....

Hari ini, genap 12 tahun perkhidmatan seorang Pengawal Keselamatan sekolah, En. Jayaraman A/L Velayudhan. Sebagai meraikan persaraan beliau, sebuah majlis ringkas di adakan bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selain menjaga keselamatan persekitaran sekolah, En. Jayaraman antara lain banyak meluangkan masanya dengan membersihkan sekitar hadapan sekolah terutamanya di bawah pohon ceri di pintu utama pagar sekolah. Beliau mempunyai empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini iaitu Rekha (Tahun 6), Sopana (Tahun 5), Syamni (Tahun 2) dan Grinath (Tahun 1) dan antara murid yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Walaupun En. Jayaraman seorang yang tidak berpendidikan tinggi, namun beliau merupakan seorang yang berjaya di dalam bidang penternakan. Rezeki tidak akan datang bergolek, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, itulah antara yang boleh dicontohi murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh En. Jayaraman sepanjang bertugas di sekolah ini dan kami sentiasa doakan kesejahteraan beliau. Selamat bersara dan salam perpisahan.

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan sepatah dua kata
Murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar
Yang diraikan, En. Jayaraman bersama GPK Tadbir, En. Abdul Halim Ahmad
Barisan guru yang turut hadir
En. Jayaraman menyampaikan ucapan
Guru Besar diiringi En. Abdul Halim menyampaikan hadiah kepada En. Jayaraman
Cenderamata dari pihak sekolah turut diterima oleh En. Jayaraman
Jamuan ringkas meraikan En. Jayaraman

No comments:

Post a Comment