Sunday, July 24, 2011

23 JULAI 2011 - PROGRAM RAMAH MESRA BERSAMA PEGAWAI-PEGAWAI PPD KLANG DENGAN IBU BAPA & PENJAGA MURID SKA BUKIT KEMANDOL

Bagi meningkatkan hubungan antara pihak Pejabat Pelajaran Daerah Klang bersama guru-guru dan ibu bapa murid SK (A) Bukit Kemandol, sebuah program ramah mesra kelolaan Unit Kokurikulum telah dijalankan dengan jayanya. Antara lain, Program Ramah Mesra Bersama Pegawai PPD Klang dan Ibu Bapa adalah bertujuan memberi motivasi dan kesedaran kepada ibu bapa akan kepentingan pendidikan dan meningkatkan kesedaran dalam membantu anak-anak demi kejayaan mereka di dalam pelajaran. Pegawai - pegawai PPD Klang yang hadir dalam menyampaikan ucapan pada majlis tersebut adalah, Mantan Pegawai Pelajaran Daerah Klang, Pn. Hjh Noraini bt Md. Tahir, Pn. Hajah Siti Hajar bt Ayub (Ketua Penolong PPD, Bhgn Akademik), FasiLINUS-FasiLINUS (En. Sulhisyam b. Sayuti, En. Fathnaim b. Hamid & En. Mohd Kashfi b. Mohd Zin) dan turut hadir bersama, YDP PIBG, En. Azis b Abdullah. Majlis yang bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada tepat jam 1115pagi ini turut menyelitkan secara ringkas perjalanan Program LINUS, Dialog antara Pegawai PPD Klang dan Ibu Bapa, Penyampaian Sumbangan kepada murid LINUS yang mencapai tahap cemerlang, penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan yang hadir serta upacara meraikan hari lahir dan persaraan Pegawai Pelajaran Daerah. Akhir kata, terima kasih daun keladi, atas kesudian hadir ke sekolah kami, InsyaAllah kita berjumpa lagi.

Cikgu Baizura dan Ustazah Salinda di meja pendaftaran ibu bapa
Ibu bapa memenuhi dewan,terutamanya di kalang peserta Kelas Dewasa.

Ibu bapa mula memenuhi Dewan Cemerlang bagi mengikuti ucapan
Tetamu jemputan, Pentadbir sekolah, YDP PIBG dan guru menikmati sarapan pagi
YDP PIBG, En. Azis bersama Fasilinus PPD Klang, En. Sulhisyam, En. Fathnaim & En. Mohd Kashfi

En. Abdul Halim bersama Guru Besar bercerita dengan Pn. Hajah Noraini dan Pn. Siti Hajar
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan
En. Sulhiysam, FasiLINUS menyampaikan ucapan
Pn. Hajah Siti Hajar menyampaikan ucapan
Pn. Hajah Noraini menyampaikan ucapan
Sesi Dialog, seorang penjaga murid bertanyakan soalan
En. Sulhisyam menjawab setiap pertanyan ibu bapa
Ibu bapa mendengar dan menumpukan perhatian sepenuhnya
Majlis penyampaian sumbangan kepada ibu bapa murid LINUS yang cemerlang
Penyampaian cenderamata kepada tetamu jemputan yang hadir
Pn. Hajah Noraini menerima sebakul buah-buahan dan sumpit yang dibuat khas
Upacara memotong kek bagi meraikan hari lahir dan hari persaraan Pn. Hajah Noraini selaku Pegawai Pelajaran PPD Klang

No comments:

Post a Comment