Bagi meraikan murid-murid yang mempunyai pontensi diri dan cemerlang di dalam pelajaran, pihak sekolah di bawah Unit Kurikulum telah mengadakan Program Peningkatan Akademik UPSR 2011. Program yang dijalankan di Bagan Villa Resort, Bagan Lalang Sepang ini antara lain telah diisi dengan slot-slot mata pelajaran UPSR yang disampaikan oleh penceramah-penceramah pakar dari sekolah-sekolah terpilih. Selain daripada program berunsur ilmiah, slot-slot lain juga diisi dengan aktiviti riadah di waktu pagi dan petang supaya murid-murid dapat menikmati suasana terutamanya pantai yang terdapat di sini. Manakala pada sebelah malam pula, guru-guru mengambil peluang untuk berhibur dengan nyanyian karaoke pada malam pertama manakala murid-murid turut serta pada malam kedua. Program yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini berjalan dengan baik dan murid-murid yang mengikuti mengakui seronok dan belajar perkara baru sebelum menghadapi peperiksaan UPSR nanti. Salam penghargaan dan Terima Kasih kepada semua yang terlibat, terutamanya guru-guru SK Bukit Kemandol, Para Penceramah jemputan, Pengurusan Bagan Villa Resort dan Caterer Marzuki yang menyediakan hidangan makanan yang begitu lazat dan sedap.
Empat buah kereta membawa murid-murid |
Penginapan guru dan murid di Bagan Villa Resort |
Suasana di dalam bilik penginapan |
Murid berkumpul mendengar taklimat dari Cikgu Adam |
Murid menikmati minum petang |
Murid menikmati minum petang |
Murid-murid berada di dalam dewan ceramah |
Suasana dewan penceramah |
Cikgu Afidzi berceloteh dengan murid yang juga anak Tuan Guru Besar |
Penceramah Slot B.Inggeris, En. Faridzal b. Hj Arbain (SK Bndr Utama D'sara) |
Penceramah slot Bahasa Melayu, En.Sazali b. Mat Abu (SK Bkt Tinggi, Klang) |
Penceramah Slot Matematik, En.Mohd Hafiz b. Hj, Md.Sharif (SKSg Kapar Indah) |
Slot bersama Guru Besar oleh guru-guru |
Slot Sains, oleh Cikgu Halim b. Ahmad (SK A Bkt Kemandol) |
Slot ketawa dan ceria bersama Guru Besar |
Gigih menyiapkan sarang bagi telur untuk mengelakkan pecah |
Slot Kebersihan Diri - Hapus Kutu dari diri Mu |
No comments:
Post a Comment