Monday, July 4, 2011

02 JULAI 2011 - LARIAN 1 MURID 1 SUKAN

Larian 1 Murid 1 Sukan berlangsung dengan jayanya. Aturcara pagi bermula dengan berkumpulnya murid-murid di dalam dewan bagi mendengar perutusan daripada YAB Menteri Pendidikan Malaysia, Tan Sri Muyiddin Yassin di kaca tv. Murid kembali ke dataran perhimpunan SKBK bagi mendengar sedikit taklimat daripada Cikgu Rizal selaku penyelaras Larian 1 Murid 1 Sukan sebelum pelepasan dilakukan oleh Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal b. Mat Lazim tepat jam 745pagi. Larian yang disertai oleh murid tahap 2 ini turut disertai oleh belia dan ibu bapa penduduk Kg. Org Asli Bukit Kemandol. Larian sejauh 1.5 km ini berakhir di padang sekolah dan pemenang-pemenang diberikan hadiah mengikut kategori murid lelaki, murid perempuan, belia lelaki dan belia perempuan serta ibu dan bapa. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Larian 1 Murid 1 Sukan yang mencatat sejarah di dalam Malaysian Book of Records!
Cikgu Baizura dan Cikgu Natasha di meja pendaftaran
Cikgu Rizal memberikan taklimat ringkas
Sebahagian ibu bapa yang turut hadir
Murid bersedia di garisan permulaan
Peserta larian melalui jalan kampung
Peserta menamatkan larian di padang sekolah
Semua murid berkumpul di khemah setelah menamatkan larin
Pemenang larian menerima hadiah daripada En. Azmi Kamal
Pemenang Larian 1 Murid 1 Sukan bergambar bersama
Senarai nama pemenang dicatatkan bagi menerima hadiah
Murid menikmati makanan sebaik tamat aturcara Larian 1 Murid 1 Sukan

No comments:

Post a Comment