Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana diberi peluang untuk kita menyambut bulan Ramadhan pada tahun ini. 1 Ogos 2011 merupakan tarikh permulaan umat Islam di Malaysia berpuasa. Puasa merupakan satu ibadah wajib yang dituntut di dalam Islam yang bertujuan mendidik dan mendisiplin umatnya agar menahan diri dari melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa itu sendiri. Pihak sekolah mengucapkan Selamat Berpuasa dan semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Sunday, July 31, 2011
SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
Friday, July 29, 2011
29 JULAI 2011 - PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN
Sempena menyambut bulan Ogos pada minggu hadapan, pihak sekolah telah mengadakan Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan di Dewan Cemerlang SKBK. Majlis dilancarkan oleh Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal dengan ucapan ringkas tentang sejarah kemerdekaan dan diakhiri dengan teriakan merdeka sebanyak tiga kali. Aktiviti yang dijalankan selain mengebarkan bendera, antara lain nyanyian 4 buah rangkaian lagu iaitu Tanggal 31, Jalur Gemilang, Keranamu Malaysia dan Malaysia Berjaya.
Cikgu Afidzi mempengerusikan majlis |
29 JULAI 2011 - SAMBUTAN BULAN KECERGASAN
Acara pagi sempena Sambutan Bulan Kecergasan di Dewan Cemerlang bagi sesi mendengar ceramah yang disampaikan oleh Cikgu Zuhaili b. Mohd Zin tentang Penjagaan Kesihatan Diri. Seterysnya murid-muird ke dataran perhimpunan bagi acara Senam Seni yang diketuai oleh Cikgu Yusri. Berikutnya adalah acara perlawanan futsal antara murid dan juga antara guru dan murid di dataran SKBK.
Murid berkumpul di dewan bagi mendengar sesi awal taklimat |
Cikgu Afidzi selaku pengacara majlis |
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan |
Cikgu Zuhaili menyampaikan ceramah berkenaan Penjagaan Kesihatan Diri |
Murid-murid mendengar dengan khusyuk ceramah yang disampaikan |
Sesi kuiz, seorang murid menjawab soalan yang diajukan oleh guru |
Murid yang berjaya menjawab soalan diberikan hadiah. |
28 JULAI 2011 - MAJLIS PERPISAHAN PN.JAMALIAH JOHARI
Bertempat di Segi Steamboat Shah Alam, pihak sekolah meraikan Majlis Perpisahan Pn. Jamaliah Johari (PAR) yang akan berpindah ke SK Bkt Kemuning 2. Pn. Jamaliah sudah berkhidmat selama 12 tahun di SK (A) Bukit Kemandol dan telah menjalankan tugas yang cemerlang sepanjang berada di sekolah ini. Beliau merupakan seorang yang periang dan sentiasa disenangi oleh semua guru dan kakitangan sekolah. Meraikan majlis pada hari ini, seramai 14 orang guru turut hadir bersama iaitu Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal, GPK Tadbir, En. Abdul Halim, Cikgu Rizal, Cikgu Zin, Cikgu Yusri, Cikgu Afidzi, Cikgu Zuhaili dan Cikgu Kamil. Manakala barisan pentadbir dan guru perempuan pula adalah Pn. Maslimah, Cik Norbaizura, Cik Norhayati dan juga kakitangan sokongan sekolah Pn. Sarina dan Cik Izzati. Majlis yang diacarakan oleh Cikgu Afidzi bermula dengan ucapan Tuan Guru Besar, disusuli dengan ucapan yang diraikan, Pn. Jamaliah. Sebaik acara makan selesai, sesi penyampaian cenderamata pula berlangsung. Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya dan tahniah di atas kenaikan pangkat yang diterima. InsyaAllah kita berjumpa lagi.
Cikgu Afidzi sebagai pengacara majlis sedang berucap |
Menunggu dengan sabar nak makan nihhh... |
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan |
Pn. Siti Natasha menyampaikan ucapan |
Ucapan yang diraikan,Pn. Jamaliah Johari |
Cikgu Zin memberikan ucapan sepatah dua sebelum mebacakan doa |
Acara makan bermula... |
Cikgu Zuhaili mengambil dengan gelojoh nampaknya..heheh |
Cikgu Afidzi bersama Pn. Jamaliah Johari |
Meja cikgu-cikgu perempuan mula dibanjiri makanan... |
Kak Ina melayan kawan baik, Kak Jem memasukkan makanan |
Cik Izzati dan Cik Norhayati menikmati makanan dengan sopan |
Barisan meja guru-guru lelaki yang kemas dan tersusun rapi |
Penyampaian cenderamata dari pihak sekolah |
Pn. Maslimah menyampaikan sumbangan daripada Prasekolah |
Cikgu Halim menyampaikan cenderamata sumbangan Kelab Guru (Hari Lahir) |
Cikgu Norbaizura menyampaikan hadiah peribadi |
Cikgu Azmi menyampaikan cenderamata peribadi |
Akhirnya..ini dia meja cikgu-cikgu perempuan setelah 1 jam menjamu selera |
Meja guru lelaki yang kemas dan tersusun setelah santapan terakhir |
Penyampaian sumbangan kepada Pn. Sarina |
Cikgu Fizi menyampaikan ucapan penutupan |
Pn. Jamaliah memohon kemaafan sebelum meninggalkan majlis |
Wednesday, July 27, 2011
28 JULAI 2011 - MEMORI DI BAWAH POHON CERI....
Hari ini, genap 12 tahun perkhidmatan seorang Pengawal Keselamatan sekolah, En. Jayaraman A/L Velayudhan. Sebagai meraikan persaraan beliau, sebuah majlis ringkas di adakan bagi mengenang jasa beliau sepanjang berkhidmat di sekolah ini. Selain menjaga keselamatan persekitaran sekolah, En. Jayaraman antara lain banyak meluangkan masanya dengan membersihkan sekitar hadapan sekolah terutamanya di bawah pohon ceri di pintu utama pagar sekolah. Beliau mempunyai empat orang anak yang bersekolah di sekolah ini iaitu Rekha (Tahun 6), Sopana (Tahun 5), Syamni (Tahun 2) dan Grinath (Tahun 1) dan antara murid yang menunjukkan prestasi yang membanggakan. Walaupun En. Jayaraman seorang yang tidak berpendidikan tinggi, namun beliau merupakan seorang yang berjaya di dalam bidang penternakan. Rezeki tidak akan datang bergolek, tanpa usaha yang bersungguh-sungguh, itulah antara yang boleh dicontohi murid-murid sekolah ini. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas jasa dan bakti yang dicurahkan oleh En. Jayaraman sepanjang bertugas di sekolah ini dan kami sentiasa doakan kesejahteraan beliau. Selamat bersara dan salam perpisahan.
En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan sepatah dua kata |
Murid-murid mendengar ucapan yang disampaikan oleh Tuan Guru Besar |
Yang diraikan, En. Jayaraman bersama GPK Tadbir, En. Abdul Halim Ahmad |
Barisan guru yang turut hadir |
En. Jayaraman menyampaikan ucapan |
Guru Besar diiringi En. Abdul Halim menyampaikan hadiah kepada En. Jayaraman |
Cenderamata dari pihak sekolah turut diterima oleh En. Jayaraman |
Jamuan ringkas meraikan En. Jayaraman |
Monday, July 25, 2011
25 JULAI 2011 - KELAS ASAS SOLEKAN & DANDANAN (KELAS DEWASA)
Satu sesi asas solekan dan dandanan bagi Kelas Dewasa telah dikelolakan oleh Cikgu Kamil selaku Penyelaras Kedap bersama-sama Cikgu Salinda, Cikgu Maslimah dan Cikgu Baizura. Kelas asas ini telah menjemput seorang guru sekolah ini juga iaitu Cikgu Mohd Afidzi selaku juru andaman yang mempunyai pengalaman luas di dalam bidang solekan. Sebelum proses solekan berlangsung, Cikgu Afidzi menerangkan alatan yang diperlukan bagi asas solekan sebelum mengaplikasikan penggunaan kepada model yang dipilih iaitu adik Aishah. Sebaik solekan telah siap sepenuhnya, para peserta di dalam kumpulan diminta mengambil seorang model untuk dicantikkan berdasarkan kepada apa yang telah ditunjuk ajar oleh Cikgu Afidzi. Berikut gambaran yang boleh diberikan sepanjang dua jam kelas tersebut berlangsung.
Cikgu Afidzi menerangkan alat solekan dan cara pengunaannya |
Peserta kelas mendengar dengan teliti apa yang diperkatakan oleh Cikgu Afidzi |
Bahan dan alatan solekan tersedia di atas meja |
Adik Aisyah Lalat sebagai model untuk disolek |
Cikgu Afidzi memulakan solekan |
Peserta memerhatikan dengan penuh perhatian, kelihatan Tuan Guru Besar turut sama berada di dalam kelas |
Cikgu Afidzi memberi sentuhan terakhir |
Hasil yang sungguh memukau pandangan |
Peserta secara berkumpulan memulakan solekan model masing-masing |
Peserta ini nampaknya bersungguh menyolek mata kawannya |
Itu dia wajah yang masih belum ditransformasikan |
Pn. Iama setelah disolek |
Pn. Halijah dengan penampilan baru pada wajah |
Pn. Jinah bak seniwati filem 60an |
Pn. Atai dengan pandangan mata memukau |
Itu dia Saloma Bkt Kemandol, Pn. Sarinam |
Barisan model-model yang telah disolek dipertontonkan |
Cikgu Afidzi memberikan komen terhadap solekan model peserta |
Asas solekan yang betul diterangkan oleh Cikgu Afidzi. |
Subscribe to:
Posts (Atom)