Saturday, November 20, 2010

20 NOV 2010 - 03 JANUARI 2011 - SELAMAT BERCUTI WARGA PENDIDIK & MURID-MURID

Sesi persekolahan 2010 telah tamat dan murid mula bercuti bermula 20 Januari 2010 hingga 03 Januari 2011. Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada warga pendidik dan murid-murid dan gunakan masa cuti ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan sentiasa menjaga diri dan keselamatan walau di mana berada. Terima kasih kepada warga pendidik di atas tanggungjawab dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi persekolahan yang lepas. Teruskan kecemerlangan dan tingkatkan prestasi yang lebih baik di masa hadapan. SELAMAT BERCUTI!

Friday, November 19, 2010

19 Nov 2010 - Majlis Korban PLUS EXPRESSWAYS BHD bersama SK (A) Bukit Kemandol


Sempena Hari Raya Aidiladha, PLUS  Expressways Bhd telah menyumbangkan seekor lembu bagi tujuan korban kepada Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol. Pada masa yang sama, pihak sekolah turut sama terlibat bagi tujuan pengisian program, penyediaan tempat dan hebahan kepada seluruh penduduk Islam Kg Bukit Kemandol akan program yang dijalankan pihak PLUS ini. Program yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan Tazkirah Ringkas 'Pengertian Ramadhan' oleh Ustazah Maslimah seterusnya sarapan pagi yang turut disediakan untuk semua yang hadir dan murid-murid sekolah. Seterusnya upacara penyembelihan lembu korban dan aktiviti gotong-royong seperti melapah daging korban, membersihkan kawasan surau luar dan dalam, mengecat bangunan sekolah serta memasak. Penyampaian daging korban dan sumbangan oleh pihak PLUS Expressways Bhd telah dijalankan di Dewan Gemilang SK (A) Bukit Kemandol. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Abdul Jalil b. Hj Abd Samad, Pengurus Seksyen C6 Plus Expressways Bhd serta kakitangan, Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, penduduk kampung dan orang perseorangan yang telah menjayakan program anjuran bersama ini. 

Lafaz Takbir oleh Cikgu Halim & En. Ali bersama penduduk kampung, murid-muird dan guru-guru

Tazkirah 'Pengertian Korban' oleh Ustazah Maslimah

Sarapan pagi disediakan sebelum aktiviti berikutnya

Bersama-sama memegang lembu korban sebelum disembelih
Lembu korban yang siap disembelih

Proses melapah kulit lembu korban

Cikgu Yusri membantu mengagihkan daging korban yang telah ditimbang

Sebahagian membersihkan kawasan sekitar Surau Al-Hidayah
Proses mengecat dinding bangunan utama sekolah

Barisan tetamu kehormat bagi upacara penyampaian sumbangan dan daging korban

Penduduk Islam Kg Bukit Kemandol berada di Dewan Gemilang bagi menerima sumbangan dan daging korban

Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan
En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan

En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung

Tetamu jemputan menyampaikan sumbangan dan daging korban bagi pihak PLUS

En. Azmi Kamal menyampaikan plak cenderamata kepada En. Abdul Jalil

Penduduk kampung bergambar bersama dengan pihak PLUS, guru-guru dan tetamu jemputan
 

Tuesday, November 16, 2010

16 Nov 2010 - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 berlangsung dengan jayanya bermula dengan perasmian oleh En. Shokimi b. Saman, Penolong Pegawai PPD Klang. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2010 sama ada berkenaan sahsiah, akademik dan kurikulum. Pada masa yang sama di selangs-elikan dengan persembahan oleh murid pra-sekolah, persembahan kumpulan tarian SKBK, persembahan sketsa murid Tahun 6 & persembahan nyanyian lagu secara solo dan iringan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa & murid-murid yang hadir dan memeriahkan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 ini serta Grup Buku Karangkraf kerana menyumbangkan hadiah bagi anugerah pelajar-pelajar cemerlang. Semoga kita terus bersama meningkat prestasi dan kecemerlangan demi kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Persembahan terakhir, nyanyian oleh Adik Nuraisyah Lalat bersama rakan-rakan

Emce pelapis, Cikgu Halimi

Cikgu Halim menyampaikan hadiah kepada murid

Cikgu Saharuddin mengiringi Guru Besar menyampaikan hadiah

Guru Besar mengiringi En. Shokimi b. Saman menyampaikan hadiah

Persembahan sketsa murid Tahun 6



Cikgu Afidzi, Cikgu Yusri & Cikgu Rizal beraksi sambil menyanyi

Cikgu Azmi Kamal, Cikgu Halim, En. Azis dan Cikgu Kamil di hadapan backdrop

Terima Kasih Grup Buku Karangkraft di atas sumbangan hadiah di dalam HAK SKBK 2010

Ucapan oleh En Shokimi b Saman

Backdrop HAK SKBK 2010

Murid yang menerima hadiah menunggu di khemah utama

Barisan murid pra-sekolah menunggu masa untuk menerima anugerah

Persembahan tarian oleh Kumpulan Seni Tari SKBK
Barisan hadiah untuk murid-murid cemerlang yang bakal menerima anugerah

Bapa & murid-murid memenuhi Dewan Gemilang SKBK

En. Shokimi b. Saman, Penolong Pengawai PPD Klang menandatangani buku pelawat

Ibu bapa & murid mendengar dengan khusyuk ucapan yang disampaikan

Barisan Pentadbir SKBK, Pengerusi PIBG bersama En. Shokimi b Saman

Persembahan pembukaan oleh kanak-kanak pra-sekolah

Ucapan alu-aluan oleh En. Azmi Kamal b. Mat Lazim

Ucapan perasmian oleh En.Shukimi b Saman

Ketibaan ibu bapa dan mendaftar di meja pendaftaran

Ibu bapa & hadirin meneliti buku program yang diberikan

Murid yang menerima hadiah berkumpul di bawah satuu khemah

Sunday, November 14, 2010

14 Nov 2010 - Majlis Hi-Tea Kelab Guru SKBK di Hotel Gold Course, Klang

Jam 3 petang tadi berlangsung majlis Hi-Tea Kelab Guru SKBK di Hotel Gold Course, Klang. Majlis serba ringkas yang dipengerusikan oleh En Afidzi ini dimulakan dengan ucapan penasihat En Azmi Kamal b Mat Lazim dan pengerusi Kelab Guru, En Ayob b Ahmad. Sebaik doa makan dibacakan oleh En. Mohd Zin, majlis makan pun bermula. Acara seterusnya adalah Anugerah Pakaian Terbaik (Lelaki/Perempuan), Anugerah Pakaian Pasangan  Terbaik, Anugerah Khas Guru Besar & acara selingan sepanjang majlis iaitu cabutan bertuah. Pada majlis ini juga, hadirin yang hadir diminta memperkenalkan diri & keluarga dan sebelum majlis berakhir, satu sesi bergambar dijalankan. Terima kasih yang sudi hadir & memeriahkan suasana majlis petang ni.

Keluarga Cikgu Ayob & Cikgu Zain
Cikgu Zuhaili, Cikgu Baizura, Cikgu Saharuddin, Pn. Sarinan & Pn Jamalia
Cikgu Yusri bersama isteri
Keluarga Pn Aida

Keluarga Cikgu Maslimah

Cikgu Kamil & rakan

Keluarga Cikgu Rizal

Keluarga Ustazah Salinda

Keluarga Cikgu Azmi Kamal

Pengerusi Majlis, Cikgu Afidzi

Cikgu Halim & isteri