Friday, November 19, 2010

19 Nov 2010 - Majlis Korban PLUS EXPRESSWAYS BHD bersama SK (A) Bukit Kemandol


Sempena Hari Raya Aidiladha, PLUS  Expressways Bhd telah menyumbangkan seekor lembu bagi tujuan korban kepada Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol. Pada masa yang sama, pihak sekolah turut sama terlibat bagi tujuan pengisian program, penyediaan tempat dan hebahan kepada seluruh penduduk Islam Kg Bukit Kemandol akan program yang dijalankan pihak PLUS ini. Program yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan Tazkirah Ringkas 'Pengertian Ramadhan' oleh Ustazah Maslimah seterusnya sarapan pagi yang turut disediakan untuk semua yang hadir dan murid-murid sekolah. Seterusnya upacara penyembelihan lembu korban dan aktiviti gotong-royong seperti melapah daging korban, membersihkan kawasan surau luar dan dalam, mengecat bangunan sekolah serta memasak. Penyampaian daging korban dan sumbangan oleh pihak PLUS Expressways Bhd telah dijalankan di Dewan Gemilang SK (A) Bukit Kemandol. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Abdul Jalil b. Hj Abd Samad, Pengurus Seksyen C6 Plus Expressways Bhd serta kakitangan, Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, penduduk kampung dan orang perseorangan yang telah menjayakan program anjuran bersama ini. 

Lafaz Takbir oleh Cikgu Halim & En. Ali bersama penduduk kampung, murid-muird dan guru-guru

Tazkirah 'Pengertian Korban' oleh Ustazah Maslimah

Sarapan pagi disediakan sebelum aktiviti berikutnya

Bersama-sama memegang lembu korban sebelum disembelih
Lembu korban yang siap disembelih

Proses melapah kulit lembu korban

Cikgu Yusri membantu mengagihkan daging korban yang telah ditimbang

Sebahagian membersihkan kawasan sekitar Surau Al-Hidayah
Proses mengecat dinding bangunan utama sekolah

Barisan tetamu kehormat bagi upacara penyampaian sumbangan dan daging korban

Penduduk Islam Kg Bukit Kemandol berada di Dewan Gemilang bagi menerima sumbangan dan daging korban

Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan
En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan

En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung

Tetamu jemputan menyampaikan sumbangan dan daging korban bagi pihak PLUS

En. Azmi Kamal menyampaikan plak cenderamata kepada En. Abdul Jalil

Penduduk kampung bergambar bersama dengan pihak PLUS, guru-guru dan tetamu jemputan
 

No comments:

Post a Comment