Friday, November 12, 2010

13 NOV 2010 - HICOM TECK SEE BERSAMA SKBK

Satu program 'School Attack' telah dijalankan oleh HICOM Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd pada Sabtu 13 November 2010 bermula jam 8 pagi sehingga jam 1230 tengah hari. di SK (A) Bukit Kemandol Program yang dijalankan antara lain merupakan salah satu program bagi mendekati komuniti masyarakat Orang Asli terutamanya murid-murid di sekolah, kaum belia dan juga ibu bapa di Kampung Orang Asli Bukit Kemandol. Antara aktiviti yang dijalankan adalah, pertandingan mewarna bagi murid Pra dan Tahap 1, pertandingan membuat origami bagi murid Tahap 2, pertandingan bola sepak antara belia HICOM Teck See dengan belia Orang Asli, pertandingan tarik tali dan pertandingan tarik upih pinang. Pelbagai bentuk hadiah dan ganjaran ditawarkan kepada pemenang bagi setiap acara yang dijalankan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian pihak HICOM Teck See Manufacturing Malaysia Sdn Bhd datang menjalankan aktiviti sosial dan kemasyarakatan di SK (A) Bukit Kemandol dan memberi sumbangan dalam bentuk kewangan, masa dan tenaga bagi menjayakan program ini. Terima kasih daun keladi, lain kali datang lagi, kami sungguh berbesar hati, kerana sudi bersama kami di sini. Berikut paparan beberapa gambaran yang dijalankan.
En Azmi Kamal menyampaikan plak cenderamata kepada pihak HICOM TECK SEE

Pihak HICOM memenangi hamper juara tarik tali

Pegawai HICOM menyampaikan hadiah kepada murid yang memenangi acara mewarna

Pihak HICOM menyampaikan hadiah kepada salah seorang kakitangan HICOM
Team Belia Kg Bukit Kemandol memenangi pertandingan bola sepak

kakitangan HICOM menarik tali

Belia Kg Bukit Kemandol menarik tali

Kakitangan HICOM dalam acara lari dalam guni
Berkumpul bagi acara tarikupih pinang

Pertandingan antara penduduk kampung dengan kakitangan HICOM

Murid Tahap 2 dengan pertandingan membuat origami

Murid tahap 1 dengan pertandingan mewarna
'Pertarungan' mencari juara bola sepak

Pasukan HICOM & Belia Bukit Kemandol

Pasukan Bolasepak Kg Bukit Kemandol

Pasukan Bolasepak HICOM Teck See




Berbaris mengambil makanan pagi, sabor Cikgu Azmi, Cikgu Halim & Cikgu Zuhaili

Murid-murid dan penduduk kampung beratur untuk menikmati sarapan pagi

Barisan Guru-guru SK Bukit Kemandol

Pegawai HICOM Teck See menyampaikan ucapan
En Azmi Kamal menyampaikan ucapan

Kumpulan Seni Persembahan SKBK bersama Cikgu Yusri membuat pertunjukan tarian 'Lukah Menari'

Murid-murid yang hadir untuk terlibat sama di dalam aktiviti

Barisan hadiah menanti peserta
Kakitangan HICOM Teck See

No comments:

Post a Comment