Minggu Pusat Sumber ke 3 telah berlangsung dengan jayanya dan melibatkan beberapa aktiviti antaranya Ingat Dialog Upin & Ipin, mewarna, gunting & tampal suasana di Taman Safari, Karaoke Lagu Kanak-kanak & Permainan Tradisional Congkak. Antara objektif utama Minggu Pusat Sumber ini untuk melihat keupayaan murid bersaing secara sihat dan positif di dalam setiap aktiviti yang dilakukan, megasah daya berfikir secara tajam, dan kreatif, belajar sambil nyanyian dan permainan. Pada masa yang sama mendedahkan murid kepada perkara baru yang belum mereka pelajari sebelum ini.
Murid-murid tekun menyiapkan tugasan yang telah diberikan |
Sikap kerjasama, kesabaran dan sepakat diterapkan dalam aktiviti yang diberikan |
Tonton, dengar, ingat dan tulis - aplikasi pancaindera di dalam aktiviti Ingat Dialog Upin & Ipin |
Aplikasi matematik dan kecekapan di dalam permainan congkak |
Pertandingan karaoke - keyakinan diri & keupayaan mengingat dan membaca mengikut lirik yang tertera |
Yah, semangat kesungguhan yang ditunjukkan salah seorang peserta pertandingan karoke, Sukri Sapri |
No comments:
Post a Comment