Thursday, November 4, 2010

04112010-SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKBK 2010

Sambutan Hari Kanak-kanak di SK (Asli) Bukit Kemandol telah dijalankan dengan aktiviti keriangan dan permainan yang menggembirakan. Acara pada awal pagi dimulakan dengan acara sukaneka seperti membawa bola pingpong dgn sudu secara berhalangan, (tahap 1) membawa pundi kacang berhalangan (tahap 2), mengisi air menggunakan corong secara berulang alik & membaling belon licin paling cepat. Manakala selepas rehat dijalankan upacara penyampaian hadiah dan persembahan tarian daripada kumpulan tarian SKBK. Pada hari ini juga, sebelum majlis berakhir, selain daripada murid menerima hadiah di dalam aktiviti yang disertai, pihak Dutch Lady (M) Sdn Bhd telah menyumbangkan susu percuma, bersama dengan Syarikat Sweetie yang membekalkan roti. Pihak sekolah megucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan. Berikut beberapa gambaran yang sempat dirakamkan,

Hadiah yang disediakan kepada pemenang aktiviti
Persembahan Tarian oleh Kumpulan Tarian SKBK
Penyampaian hadiah kepada pemenang
Ucapan penutup oleh Cikgu Halim b. Ahmad
Murid menerima sumbangan roti & susu oleh Dutch Lady & Sweety

No comments:

Post a Comment