Tuesday, November 16, 2010

16 Nov 2010 - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 berlangsung dengan jayanya bermula dengan perasmian oleh En. Shokimi b. Saman, Penolong Pegawai PPD Klang. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2010 sama ada berkenaan sahsiah, akademik dan kurikulum. Pada masa yang sama di selangs-elikan dengan persembahan oleh murid pra-sekolah, persembahan kumpulan tarian SKBK, persembahan sketsa murid Tahun 6 & persembahan nyanyian lagu secara solo dan iringan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa & murid-murid yang hadir dan memeriahkan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 ini serta Grup Buku Karangkraf kerana menyumbangkan hadiah bagi anugerah pelajar-pelajar cemerlang. Semoga kita terus bersama meningkat prestasi dan kecemerlangan demi kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang.
Persembahan terakhir, nyanyian oleh Adik Nuraisyah Lalat bersama rakan-rakan

Emce pelapis, Cikgu Halimi

Cikgu Halim menyampaikan hadiah kepada murid

Cikgu Saharuddin mengiringi Guru Besar menyampaikan hadiah

Guru Besar mengiringi En. Shokimi b. Saman menyampaikan hadiah

Persembahan sketsa murid Tahun 6



Cikgu Afidzi, Cikgu Yusri & Cikgu Rizal beraksi sambil menyanyi

Cikgu Azmi Kamal, Cikgu Halim, En. Azis dan Cikgu Kamil di hadapan backdrop

Terima Kasih Grup Buku Karangkraft di atas sumbangan hadiah di dalam HAK SKBK 2010

Ucapan oleh En Shokimi b Saman

Backdrop HAK SKBK 2010

Murid yang menerima hadiah menunggu di khemah utama

Barisan murid pra-sekolah menunggu masa untuk menerima anugerah

Persembahan tarian oleh Kumpulan Seni Tari SKBK
Barisan hadiah untuk murid-murid cemerlang yang bakal menerima anugerah

Bapa & murid-murid memenuhi Dewan Gemilang SKBK

En. Shokimi b. Saman, Penolong Pengawai PPD Klang menandatangani buku pelawat

Ibu bapa & murid mendengar dengan khusyuk ucapan yang disampaikan

Barisan Pentadbir SKBK, Pengerusi PIBG bersama En. Shokimi b Saman

Persembahan pembukaan oleh kanak-kanak pra-sekolah

Ucapan alu-aluan oleh En. Azmi Kamal b. Mat Lazim

Ucapan perasmian oleh En.Shukimi b Saman

Ketibaan ibu bapa dan mendaftar di meja pendaftaran

Ibu bapa & hadirin meneliti buku program yang diberikan

Murid yang menerima hadiah berkumpul di bawah satuu khemah

No comments:

Post a Comment