Friday, November 5, 2010

ADIK NUR FATIHAH BT SAMSUDDIN ( 26.06.2003 - 05. 11. 2010)

Warga SK (A) Bukit Kemandol mendapat maklum murid tahun 1, adik Nur Fatihah bt Samsudin telah kembali ke rahmatullah pada petang Jumaat 05 Nov 2010. Adik Nur Fatihah merupakan murid yang bertubuh kecil dan sentiasa tersenyum apabila ditegur. Menurut seorang guru yang mengajar ,Allahyarhamah sentiasa berani ke hadapan apabila diminta mencuba sesuatu, suka bercakap, ketawa dan senyum di dalam kelas. Riak gerinya masih seperti anak kecil yang memerlukan perhatian dan kasih sayang. Tinggal bersama neneknya, adik Nur Fatihah juga bersifat manja dan muda tersentuh hatinya. Warga SKBK mendoakan kesejahteraan ke atas roh adik Nur Fatihah, semoga Allah mencucuri rahmat dan menempatkan adik Nur Fatihah di kalangan orang beriman. Al-Fatihah.




No comments:

Post a Comment