Sesi persekolahan 2010 telah tamat dan murid mula bercuti bermula 20 Januari 2010 hingga 03 Januari 2011. Pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI kepada warga pendidik dan murid-murid dan gunakan masa cuti ini dengan pelbagai aktiviti berfaedah dan sentiasa menjaga diri dan keselamatan walau di mana berada. Terima kasih kepada warga pendidik di atas tanggungjawab dan komitmen yang diberikan sepanjang sesi persekolahan yang lepas. Teruskan kecemerlangan dan tingkatkan prestasi yang lebih baik di masa hadapan. SELAMAT BERCUTI!
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Saturday, November 20, 2010
20 NOV 2010 - 03 JANUARI 2011 - SELAMAT BERCUTI WARGA PENDIDIK & MURID-MURID
Friday, November 19, 2010
19 Nov 2010 - Majlis Korban PLUS EXPRESSWAYS BHD bersama SK (A) Bukit Kemandol
Sempena Hari Raya Aidiladha, PLUS Expressways Bhd telah menyumbangkan seekor lembu bagi tujuan korban kepada Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol. Pada masa yang sama, pihak sekolah turut sama terlibat bagi tujuan pengisian program, penyediaan tempat dan hebahan kepada seluruh penduduk Islam Kg Bukit Kemandol akan program yang dijalankan pihak PLUS ini. Program yang bermula pada jam 8 pagi dimulakan dengan Tazkirah Ringkas 'Pengertian Ramadhan' oleh Ustazah Maslimah seterusnya sarapan pagi yang turut disediakan untuk semua yang hadir dan murid-murid sekolah. Seterusnya upacara penyembelihan lembu korban dan aktiviti gotong-royong seperti melapah daging korban, membersihkan kawasan surau luar dan dalam, mengecat bangunan sekolah serta memasak. Penyampaian daging korban dan sumbangan oleh pihak PLUS Expressways Bhd telah dijalankan di Dewan Gemilang SK (A) Bukit Kemandol. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada En. Abdul Jalil b. Hj Abd Samad, Pengurus Seksyen C6 Plus Expressways Bhd serta kakitangan, Jawatankuasa Surau Al-Hidayah, penduduk kampung dan orang perseorangan yang telah menjayakan program anjuran bersama ini.
Lafaz Takbir oleh Cikgu Halim & En. Ali bersama penduduk kampung, murid-muird dan guru-guru |
Tazkirah 'Pengertian Korban' oleh Ustazah Maslimah |
Sarapan pagi disediakan sebelum aktiviti berikutnya |
Bersama-sama memegang lembu korban sebelum disembelih |
Lembu korban yang siap disembelih |
Proses melapah kulit lembu korban |
Cikgu Yusri membantu mengagihkan daging korban yang telah ditimbang |
Sebahagian membersihkan kawasan sekitar Surau Al-Hidayah |
Proses mengecat dinding bangunan utama sekolah |
Barisan tetamu kehormat bagi upacara penyampaian sumbangan dan daging korban |
Penduduk Islam Kg Bukit Kemandol berada di Dewan Gemilang bagi menerima sumbangan dan daging korban |
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan |
En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan |
En. Abdul Jalil, Pengurus Seksyen C6 PLUS menyampaikan sumbangan kepada penduduk kampung |
Tetamu jemputan menyampaikan sumbangan dan daging korban bagi pihak PLUS |
En. Azmi Kamal menyampaikan plak cenderamata kepada En. Abdul Jalil |
Penduduk kampung bergambar bersama dengan pihak PLUS, guru-guru dan tetamu jemputan |
Tuesday, November 16, 2010
16 Nov 2010 - Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010
Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 berlangsung dengan jayanya bermula dengan perasmian oleh En. Shokimi b. Saman, Penolong Pegawai PPD Klang. Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil penghargaan dan anugerah kepada pelajar-pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan sepanjang tahun 2010 sama ada berkenaan sahsiah, akademik dan kurikulum. Pada masa yang sama di selangs-elikan dengan persembahan oleh murid pra-sekolah, persembahan kumpulan tarian SKBK, persembahan sketsa murid Tahun 6 & persembahan nyanyian lagu secara solo dan iringan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa & murid-murid yang hadir dan memeriahkan sambutan Hari Anugerah Kecemerlangan Pelajar SKBK 2010 ini serta Grup Buku Karangkraf kerana menyumbangkan hadiah bagi anugerah pelajar-pelajar cemerlang. Semoga kita terus bersama meningkat prestasi dan kecemerlangan demi kejayaan yang lebih gemilang di masa akan datang. |
Persembahan terakhir, nyanyian oleh Adik Nuraisyah Lalat bersama rakan-rakan |
Emce pelapis, Cikgu Halimi |
Cikgu Halim menyampaikan hadiah kepada murid |
Cikgu Saharuddin mengiringi Guru Besar menyampaikan hadiah |
Guru Besar mengiringi En. Shokimi b. Saman menyampaikan hadiah |
Persembahan sketsa murid Tahun 6 |
Cikgu Afidzi, Cikgu Yusri & Cikgu Rizal beraksi sambil menyanyi |
Cikgu Azmi Kamal, Cikgu Halim, En. Azis dan Cikgu Kamil di hadapan backdrop |
Terima Kasih Grup Buku Karangkraft di atas sumbangan hadiah di dalam HAK SKBK 2010 |
Ucapan oleh En Shokimi b Saman |
Backdrop HAK SKBK 2010 |
Murid yang menerima hadiah menunggu di khemah utama |
Barisan murid pra-sekolah menunggu masa untuk menerima anugerah |
Persembahan tarian oleh Kumpulan Seni Tari SKBK |
Barisan hadiah untuk murid-murid cemerlang yang bakal menerima anugerah |
Bapa & murid-murid memenuhi Dewan Gemilang SKBK |
En. Shokimi b. Saman, Penolong Pengawai PPD Klang menandatangani buku pelawat |
Ibu bapa & murid mendengar dengan khusyuk ucapan yang disampaikan |
Barisan Pentadbir SKBK, Pengerusi PIBG bersama En. Shokimi b Saman |
Persembahan pembukaan oleh kanak-kanak pra-sekolah |
Ucapan alu-aluan oleh En. Azmi Kamal b. Mat Lazim |
Ucapan perasmian oleh En.Shukimi b Saman |
Ketibaan ibu bapa dan mendaftar di meja pendaftaran |
Ibu bapa & hadirin meneliti buku program yang diberikan |
Murid yang menerima hadiah berkumpul di bawah satuu khemah |
Sunday, November 14, 2010
14 Nov 2010 - Majlis Hi-Tea Kelab Guru SKBK di Hotel Gold Course, Klang
Jam 3 petang tadi berlangsung majlis Hi-Tea Kelab Guru SKBK di Hotel Gold Course, Klang. Majlis serba ringkas yang dipengerusikan oleh En Afidzi ini dimulakan dengan ucapan penasihat En Azmi Kamal b Mat Lazim dan pengerusi Kelab Guru, En Ayob b Ahmad. Sebaik doa makan dibacakan oleh En. Mohd Zin, majlis makan pun bermula. Acara seterusnya adalah Anugerah Pakaian Terbaik (Lelaki/Perempuan), Anugerah Pakaian Pasangan Terbaik, Anugerah Khas Guru Besar & acara selingan sepanjang majlis iaitu cabutan bertuah. Pada majlis ini juga, hadirin yang hadir diminta memperkenalkan diri & keluarga dan sebelum majlis berakhir, satu sesi bergambar dijalankan. Terima kasih yang sudi hadir & memeriahkan suasana majlis petang ni.
Keluarga Cikgu Ayob & Cikgu Zain |
Cikgu Zuhaili, Cikgu Baizura, Cikgu Saharuddin, Pn. Sarinan & Pn Jamalia |
Cikgu Yusri bersama isteri |
Keluarga Pn Aida |
Keluarga Cikgu Maslimah |
Cikgu Kamil & rakan |
Keluarga Cikgu Rizal |
Keluarga Ustazah Salinda |
Keluarga Cikgu Azmi Kamal |
Pengerusi Majlis, Cikgu Afidzi |
Cikgu Halim & isteri |
Subscribe to:
Posts (Atom)