Friday, November 18, 2011

18 NOVEMBER 2011 - JAMUAN PERPISAHAN MURID TAHUN 6

Sebelum berakhirnya sesi persekolah 2011 pada hari ini, Penyelaras murid Tahun 6,Cikgu Mohd Zin telah mengadakan jamuan ringkas bagi meraikan perpisahan murid tahun 6. Jamuan yang diadakan di kantin sekolah turut meraikan semua guru disamping ucapan ringkas daripada GPK Kurikulum, En. Abdul Halim dan Guru Besar, En. Azmi Kamal. Seramai 12 orang murid tahun 6 diraikan dengan pelbagai hidangan antaranya nasi ayam, kek secret recipe, domino's pizza, karamel dan semestinya yang 'terbaekkk' durian yang disumbangkan oleh peserta kelas dewasa. Sesi akhir jamuan, guru-guru meminta murid menyanyikan lagu 'Terima Kasih Guru' sebelum mereka beredar meninggalkan sekolah buat kali terakhirnya. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas majlis yang dijalankan dan diharap hari terakhir di sekolah ini meninggalkan 1001 kenangan yang berharga kepada semua warga SK (A) Bukit Kemandol. Akhir kata, SELAMAT BERCUTI dan sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga walau di mana berada.
Penyelaras Tahun 6, Cikgu Mohd Zin menberi ucapan aluan
Antara murid Tahun 6 yang hadir ke majlis
Menu terhidang bari meraikan guru dan murid pada majlis tersebut
Adik Nuraisyah mewakili murid tahun 6 menyampaikan ucapan
Cikgu Abdul Halim selaku GPK Kurikulum menyampaikan ucapan
Cikgu Azmi menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan majlis
Cikgu Maslimah mengagihkan hidangan kepada murid-murid
Cikgu Nurhalimi dan Cikgu Nurhayati memotong kek
Cikgu Halim dengan gaya mengopek buah durian
Cikgu Adam dan Cikgu Zin berusaha gigih mengopek durian
Murid menikmati hidangan nasi ayam dan lain-lain menu
Cikgu Shahrezal dengan piza domino sumbangan Pn. Natasha
Guru-guru menikmati hidangan yang disediakan
Murid-murid tahun 6 bersalam buat kali terakhir kepada semua guru dengan iringan lagu 'pertemuan dan perpisahan'

No comments:

Post a Comment