Thursday, November 17, 2011

TAHNIAH KEPADA CALON-CALON UPSR TAHUN 2011

Tahniah diucapkan kepada 6 orang murid Tahun 6 kerana lulus dengan cemerlang di dalam peperiksaan UPSR tahun 2011 yang lalu. Keputusan rasmi yang diterima oleh pihak sekolah pada hari ini adalah seperti berikut:-

BIL
NAMA MURID

KEPUTUSAN

1
AISYAH BT LALAT

2A 2B 1C

2
ERIN BT ATAN

2A 1B 2C

3
REKHA A/P JAYARAMAN

2A 3C

4
WAN NAZIRAH BT AWANG

1A 1B 3C

5
RASHDANIZAM B RAU

2B 3C

6
NORHISHAM B JASRI

5C


Untuk itu pegawai dari bahagian akademik PPD Klang, Pn. Hajah Siti Hajar sempat meluangkan masa singgah di SK (A) Bukit Kemandol bagi meraikan kejayaan 6 orang murid yang lulus dan merupakan pencapaian antara terbaik sekolah. Selain taklimat ringkas dan kata semangat yang diberikan kepada murid-murid yang berjaya, pesanan dan dorongan yang berterusan turut disampaikan kepada guru-guru. Sebagai penghargaan dan janji kepada murid-murid yang berjaya, Pn. Hajah Siti Hajar turut menyampaikan sumbangan sebagai semangat kepada murid-murid untuk terus mencapai kecemerlangan di masa akan datang. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesempatan masa yang diberikan bagi melihat kami di sekolah ini. InsyaAllah kami akan cuba yang terbaik untuk masa-masa akan datang.
Pn. Hajah Siti Hajar menyampaikan taklimat berkenaan keputusan UPSR yang diterima
Sumbangan diterima oleh murid-murid yang mendapat kelulusan cemerlang
Kata-kata semangat dan perangsang terus diberikan oleh Pn. Siti Hajar kepada guru dan murid-murid
5 daripada 6 murid serta guru mendengan pesanan yang disampaikan oleh Pn. Siti Hajar

No comments:

Post a Comment