Friday, November 11, 2011

11 NOV 2011 (111111) - SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SEDUNIA PERINGKAT SEKOLAH

Bersempena dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia, pihak sekolah turut mengadakan sambutan peringkat sekolah dengan pembabitan seluruh murid dari prasekolah ke tahun 6. Acara sambutan bermula pada jam 800pg di Dewan Cemerlang SKBK dengan Cikgu Afidzi sebagai Pengacara Majlis. Aktiviti dimeriahkan dengan persembahan murid pra-sekolah dengan tarian era 60-an menerusi lagu Siti Haida. Selain itu, persembahan yang menarik perhatian juri adalah persembahan murid tahun 4 dengan sketsa 'Siti di Alam Fantasi'. Sesi kedua sambutan adalah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam setiap pertandingan semasa Minggu Pusat Sumber dan juara bagi persembahan terbaik. Turut diberikan kepada murid-murid adalah beg sekolah yang telah disumbang oleh pihak Maybank. Majlis berakhir dengan sumbangan susu coklat dan roti  yang diberikan kepada murid-murid sebelum masa persekolahan tamat. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Pelaksana Sambutan Hari Kanak-Kanak SKBK, penyumbang beg (Maybank), minuman serta bahan (McDonalds Sec. 3) serta semua pihak.

Hiasan Pentas Sambutan Hari Kanak-Kanak SKBK 2011
Dewan Cemerlang dipenuhi dengan murid-murid yang hadir
Dua orang murid pra-sekolah bergaya dengan cermin mata hitam untuk persembahan
Antara murid yang menerima hadiah sempena Minggu Pusat Sumber
Pemenang bagi kategor persembahan terbaik jatuh kepada murid pra-sekolah
Tokoh Murid Harapan - Adik Muhammad Yani dari Tahun 3
Tokoh Murid Hari Kanak-Kanak diberikan kepada Adik Rashdanizam Rau, murid Tahun 6
YDP PIBG, En. Aziz Abdullah bersama En. Azmi Kamal menyampaikan beg kepada murid-murid
Murid-murid mengangkat beg sumbangan Maybank yang diterima oleh mereka
Guru-guru membahagikan cenderamata dari pihak McDonalds
Cikgu Aida dan Cikgu Yati memberikan roti dan susu coklat kepada murid-murid sebelum pulang

No comments:

Post a Comment