Sunday, November 13, 2011

12 & 13 OKTOBER 2011 : PERKHEMAHAN TAHUNAN TKRS DI DUSUN EKO-RESORT, BENTONG PAHANG

Sempena Perkhemahan Tahunan Badan Beruniform TKRS, Unit Kokurikulum di bawah tanggungjawab En. Shahrezal telah mengadakan perkhemahan di Dusun Eko-Resort, Bentong Pahang selama dua hari iaitu pada 12 dan 13 Oktober 2011. Melibatkan penyertaan 30 orang murid tahap dua, perkhemahan ini juga disertai oleh guru-guru pengiring seramai sepuluh orang iaitu Cikgu Halim, Cikgu Rizal, Cikgu Yusri, Cikgu Kamil, Cikgu Zuhaili, Cikgu Zain dan juga 3 orang guru perempuan iaitu Cikgu Nurhalimi, Cikgu Norbaizura dan Cikgu Norhayati. Pada 12hb, beberapa jam selepas tiba di lokasi, peserta belajar cara mendirikan khemah diikuti dengan latihan dalam kumpulan (pertolongan cemas dan teknik ikatan). Pada petang hari pertama juga, peserta telah diuji keberanian dan semangat yakin boleh melalui aktiviti meniti titi gantung dan juga 'flying-fox' sepanjang 250 meter. Manakala aktiviti malamnya bermula dengan menyediakan makanan ringkas menggunakan peralatan yang disediakan dalam masa yang telah ditetapkan. Sebaik sahaja acara memasak berakhir, peserta didedahkan dengan cara membaca kompas sebagai panduan menunjuk arah. Aktiviti berakhir pada jam 1200 tengah malam. Aktiviti pada hari kedua bermula pada jam 830 pagi di tapak rentas halangan melibatkan melepasi tembok simen, merentasi spider web, mendaki cargo web, melalui kubang lumpur dan halangan bergantung. Sejam selepas aktiviti tersebut, peserta kem didedahkan cara membina rakit menggunakan buluh dan tong kosong serta merasai suasana berakit di dalam tasik yang disediakan. Kemuncak aktiviti adalah majlis penyampaian hadiah bagi kumpulan-kumpulan yang menunjukkan komitmen yang cemerlang sepanjang kem ini berlangsung. Pihak sekolah merakamkan kesyukuran kerana program perkhemahan yang dianjurkan berjalan dengan lancar dalam suasana cuaca yang amat baik sekali. Ribuan ucapan terima kasih kepada semua yang terlibat, dan pastinya, kitalah yang TERBAEEKKKKK!

Kem Komandan memberikan taklimat ringkas sebelum perjalanan di mulakan
Guru pengiring; Cikgu Nurhalimi, Cikgu Shahrezal dan Cikgu Yusri di hadapan bas yang disediakan untuk membawa murid
Murid-murid berada di dalam bas membawa mereka ke Dusun Eko-Resort
Murid menaiki lori menuju ke Dusun Eko-Resort
Lori yang membawa murid melalui laluan berbukit - bukau
Murid berkesempatan bergambar sewaktu tiba
Murid diberi penerangan bagi pemasangan khemah
Murid mendirikan khemah
Murid mandi - manda di kolam terbuka sebelum aktiviti bermula
Aktiviti 1 - Pertolongan Cemas
Aktiviti 2 - Teknik ikatan
Aktiviti 3 - Titian Gantung
Aktiviti 5 - flying fox
Cikgu Halim dan Cikgu Kamil tidak melepaskan peluang untuk menaiki flying-fox
Aktiviti 6 - Ikhtiar hidup
Juri-juri yang terdiri daripada guru pengiring merasa masakan yang di masak oleh murid-murid
Aktiviti 7 - Orientaring

No comments:

Post a Comment