Saturday, September 28, 2013

29 SEPT 2013 - KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN KALI KE 17 TAHUN 2013

Bertempat di Dataran SKBK,berlangsungnya Kejohanan Sukan Tahunan kali ke - 17 yang melihat persaingan tiga buah rumah iaitu Biduk, Belantik dan Skorpio. Acara sukantara telah dijalankan pada 25 dan 26 September yang lalu melibatkan acara larian 80m (tahap 1), larian 100m (tahap 2), kapten ball (tahap 1), bola baling (tahap 2), sepaktakraw, ping pong dan acara prasekolah. Manakala acara sukaneka diadakan pada hari ini melibatkan acara Water Ballon, Butter Run dan Rubber Straw. Acara sukaneka ini juga turut melibatkan ibu bapa (acara Stylista) dan peserta KEDAP (Apple Lady dan Chopstick Pong). Pada masa yang sama diadakan pertandingan hiasan rumah sukan terbaik dan tagline terbaik. Kemuncak acara adalah penyampaian hadiah kepada Johan Keseluruhan Sukan Tahunan Kali ke - 17 adalah Rumah Skorpio, diikuti Belantik dan Biduk. Olahragawan terbaik dinobatkan kepada adik Hafiz b Ijam manakala Olahragawan terbaik adik Isnamisha. Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada urusetia dan ahli jawatankuasa yang telah menjalankan kejohanan ini dengan jayanya dan sekalung perhargaan kepada YDP PIBG En. Azis b Abdullah, Pengerusi JKKK En. Keling,para peserta KEDAP, ibu bapa dan semua yang terlibat.






















































Untuk lebih gambar, ikuti kami di : https://www.facebook.com/groups/122703947792259/

No comments:

Post a Comment