Friday, September 13, 2013

12 SEPT 2013 - SAMBUTAN PENUTUP BULAN KEMERDEKAAN TAHUN 2013

Bulan Kemerdekaan telah bermula sejak Ogos yang lalu sehinggalah kemuncaknya pada 31 Ogos dan kini sudah sampai pada pengakhirannya pada 16 September iaitu Hari Malaysia. Bagi meraikan penutupan bulan ini,pihak sekolah telah mengadakan sambutan dengan pelbagai aktiviti antaranya adalah persembahan nyanyian dan sketsa serta karaoke dengan penglibatan murid-murid dan peserta kelas dewasa KEDAP. Barisan pentadbir dan guru-guru turut sama memeriahkan sambutan dan turut menyanyikan lagu-lagu patriotik. Akhir acara adalah penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi pertandingan mewarna,kelas tercantik,basikal berhias dan persembahan terbaik sempena kemerdekaan. Harapan pihak sekolah adalah,bersama-sama kita menghayati erti kemerdekaan sebenar dan mengekalkan keamanan demi masa depan negara kita.








































No comments:

Post a Comment