Unit Kurikulum dengan kerjasam Unit Hal Ehwal Murid telah menjalankan satu program yang melibatkan ibu bapa dan murid iaitu sesi Ceramah Motivasi dan Kerja: Laluan Menuju Kejayaan. Ceramah ini telah disampaikan oleh CR Hamid b Mohamad iaitu kaunselor SMK Telok Panglima Garang. Antara intipati cermah ini antara lain adalah ingin memupuk kesedaran terhadap ibu bapa dan murid akan kepentingan pendidikan dan hala tuju selepas pendidikan rendah. Selain itu, turut di adakan sesi soal jawab antara ibu bapa,penyampaian cabutan bertuah dan juga pelancaran 1BestariNet - FROG VLE peringkat sekolah. Turut hadir ialah Tok Batin Taman Desa Kemandol, Batin Kelat Anak Budin. Pihak sekolah berharap,usaha yang telah dijalankan oleh pihak sekolah ini mampu membuka minda ibu bapa dalam memberikan pendidikan yang terbauk untuk anak-anak mereka.
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Wednesday, September 18, 2013
18 SEPT 2013 - CERAMAH MOTIVASI & KERJAYA : LALUAN MENUJU KEJAYAAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment