Monday, July 9, 2012

06 - 08 Julai 2012 - PROGRAM 1 SKBK 1 IMPIAN - JOM PECUT UPSR di Kem Mega Crytal, K. Selangor

Bertempat di Kem Mega Crystal, K. Selangor di kaki Bukit Melawati, Program Jom Pecut di bawah kelolaan Unit Kurikulum telah diadakan bertujuan mempersiapkan diri murid-murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR yang akan tiba hampir dua bulan lagi. Program ini telah menjemput penceramah-penceramah dari luar yang terdiri dari pakar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada masa yang sama, guru-guru terlibat dengan sesi motivasi yang turut disampaikan oleh konselor yang mempunyai kepakaran dan pengalaman. Pada masa yang sama, aktiviti sampingan turut diselitkan antaranya menaiki Bukit Melawati dan aktiviti riadah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Jom Pecut dan di harap semua murid yang terlibat mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan untuk memperbaiki diri mereka di dalam pembelajaran.
Murid mempersiapkan diri untuk bergerak dari sekolah dengan kenderaan guru

Tn. Hj Azhar menyampaikan Ceramah Motivasi

Tn. Haji Azhar merupakan kaunselor Pentadbiran PPD Klang
Aktiviti riadah

Teknik Menjawab Matematik disampaikan oleh En. Mohd Hafiz

En. Fadrizal menyampaikan teknik menjawab Bahasa Inggeris
Riadah petang - guru-guru bersama murid-murid menaiki trem ke Bukit Melawati

Trem bergerak setelah murid mengambil tempat masing-masing

Murid-murid memerhatikan pemandangan semasa trem mendaki bukit
Pemandangan di atas Bukit Melawati

Murid bergambar di rumah api yang menjadi landmark kepada Bukit Melawati

Murid memerhatikan pameran di dalam muzium

Cikgu Norhayatai bersama murid bergambar pada kubu meriam
Ini anak monyet saya..heheh

Murid bergambar di hadapan Baitulhilal Bukit Melawati

Ala chomel,chomelnya dia...

Tumpuan diberikan oleh murid-murid pada sesi terakhir program

Pn. Hajah Morni menyampaikan teknik menjawab Bahasa Melayu
En. Azmi Kamal menyampaikan taklimat ringkas dan menutup program

Turut diselitkan nasihat dan tips dalam meneruskan kejayaan di dalam UPSR

No comments:

Post a Comment