Wednesday, June 27, 2012

27 JUN 2012 - MINGGU PUSAT SUMBER

Minggu Pusat Sumber kembali lagi. Pada tahun ini, Program Minggu Pusat Sumber di bawah En. Adam b. Ahmad sebagai penyelaras. Pelbagai aktiviti dijalankan membabitkan pembahagian murid tahap 1 (tahun 1 dan 2) dan tahap 2 (tahun 3,4,5 & 6). Murid tahap 1 ditempatkan di Pusat Sumber bagi menjalankan aktiviti yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Kamil dan Cikgu Norbaizura sementara guru-guru lain berada di stesen-stesen antaranya di kantin (aktiviti meneka rasa), kelas Tahun 3 (membina roket/jet), makmal sains (membina menara kertas), bilik komputer (memahami tayangan video), bilik BBM (silent comedy) dan di Dewan Gemilang (Tari Cina). Majlis penutup dijalankan di Dewan Cemerlang beserta dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam pertandingan yang dijalankan. Berikut gambar sekitar program Minggu Pusat Sumber SKBK.

Murid Tahun 1 & 2 menyiapkan carta abjad

Memahami tayangan video

Membina jet kertas

Merasa pelbagai jenis bahan berperisa

Silent Comedy

Membina menara kertas

Tari Cina

Melengkapkan puzzle

Membina kolaj

Majlis Penutupan


Ucapan Penyelaras Program, En. Adam b. Ahmad

En. Abdul Halim menyampaikan hadiah

Pn. Siti Natasha menyampaikan hadiah

En. Azmi Kamal menyampaikan hadiah

Guru Besar, En. Azmi Kamal merasmikan majlis

No comments:

Post a Comment