Penganjuran Hari Terbuka di setiap sekolah adalah bertujuan untuk memberi peluang kepada pihak sekolah melaporkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid kepada ibu bapa. Sehubungan dengan itu, SK (Asli) Bukit Kemandol melalui Unit Kurikulum berbesar hati menganjurkan Hari Terbuka SKBK bagi tahun 2012 atas tujuan yang sama. Usaha meningkatkan prestasi akademik dan sahsiah murid-murid memerlukan kerjasama berterusan antara pihak sekolah dan ibu bapa. Melalui Hari Terbuka ini, sebarang perkaitan berkenaan akademik, sahsiah dan lain-lain perkara yang berkaitan dengan murid dapat diterangkan kepada ibu bapa murid-murid. Adalah diharapkan, melalui Hari Terbuka ini, ibu bapa mendapat kesedaran dalam membantu anak-anak mereka di dalam pendidikan serta memberi respon positif akan usaha pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik sekolah.
Kaunter pendaftaran di buka seawal 745pagi |
Pengerusi Majlis En. Mohd Afidzi b Nor Mohd |
Ibu bapa memenuhi Dewan Gemilang |
En. Azmi Kamal, selaku Guru Besar menyampaikan ucapan |
Ibu bapa mendengar taklimat yang disampaikan |
Pn. Siti Natasha menyampaikan taklimat berkenaan hal ehwal murid |
Ibu bapa memenuhi dewan dan mendengar taklimat |
Cikgu Mohd Zin selaku Guru Tahun 6 menyampaikan ucapan |
En. Abdul Halim, GPK Tadbir menyampaikan buku kepada murid-murid tahun 6 |
No comments:
Post a Comment