Wednesday, July 11, 2012

10 JULAI 2012 - SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Dataran SKBK menjadi saksi kepada pelancaran Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan yang dijalankan serentak seluruh negara. Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta serta taklimat ringkas daripada GPK Koko, En. Shahrezal seterusnya senamrobik dimulakan yang dipimpin oleh tiga orang guru, En. Yusri, En. Afidzi dan En. Azrin. Turut serta di belakang perbarisan adalah Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal, YDP PIBG En. Azis dan guru-guru serta kakitangan sekolah. Pihak sekolah mengharapkan program sebegini dapat meningkatkan mutu kecergasan murid-murid dan memberi pendedahan akan salah satu sukan iaitu senamrobik. Berikut sekitar program senamrobik berlangsung.

Murid beratur untuk pendaftaran
GPK Koko, En. Shahrezal memberikan taklimat ringkas
Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan sebelum acara bermula
GPK Koko, En. Shahrezal menyampaikan sedikit taklimat
Murid mengatur baris bagi mendapatkan ruang yang selesa
Tiga orang guru sebagai instruktor - En. Yusri, En. Afidzi dan En. Azrin
Rentak langkah bermula
Mentari pagi menyimbah sinarnya seceria senamrobik beramai-ramai ini
Murid menggayakan mengikut rentak dan gerak guru-guru
Turut kelihatan guru-guru turut bersama di belakang murid-murid

No comments:

Post a Comment