Saturday, October 8, 2011

08 OKTOBER 2011 - LAWATAN KEDAP KE PUTRAJAYA - NILAI 3

Jam 830pg,bas mula bergerak meninggalkan dataran sekolah membawa 29 orang peserta KEDAP diiringin 4 orang guru dan Pengerusi serta seorang AJK PIBG bagi sesi lawatan ke Putrajaya - Nilai 3. Tepat jam 10 pagi,sebaik sampai ke Dataran Putra, Putrajaya, peserta mula berkumpul untuk menaiki Cruise Tasik Putrajaya bagi pelayaran selama 20 minit perjalanan. Sepanjang pelajaran tersebut,peserta dan guru-guru di beri makluman berkaitan dengan pembangunan sekitar Putrajaya. Sebaik tamat pelajaran,peserta mengambil masa masing-masing untuk melihat pemandangan sekitar Dataran Putrajaya yang turut menempatkan Masjid Putra, Kompleks Jabatan Perdana Menteri dan bangunan-bangunan sekitar yang terdiri daripada kementerian,jabatan dan agensi-agensi kerajaan. Seterusnya,peserta lawatan ke Taman Botanik Putrajaya bagi menikmati makanan tengah hari secara santai di bawah redupan pohon-pohon rendang sekitar taman tersebut. Berikutnya peserta di bawa ke pusat membeli belah yang terkenal di Putrajaya iaitu Alamanda bagi memberi peluang peserta membeli kelengkapan dan barang keperluan. Sejam selepasnya, peserta lawatan bergerak ke Nilai 3 bagi sesi terakhir rombongan pada hari tersebut. Selama dua jam berada di sana, peserta lawatan turut membeli beberapa keperluan tambahan. Jam 6 petang, rombongan selamat tiba di dataran sekolah. Urusetia dan AJK lawatan KEDAP mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua yang terlibat sepanjang menjayakan lawatan ini, terutama sekali En. Azmi Kamal b. Mat Lazim, guru-guru yang terlibat, GPK KOKO, En. Shahrezal, En. Mohd Kamil, Pn. Maslimah, Cik Norbaizura, Cik Norhayati, En. Adam, En. Mohd Zin serta ahli keluarga yang turut terlibat.
Pemeriksaan tiket sebelum peserta menaiki Cruise tasik
En. Azmi Kamal bersama keluarga memberi 'pose' terbaik...
Sebahagian peserta KEDAP mengambil tempat di dalam Cruise Tasik
Pemandangan di dalam Cruise Tasik membawa peserta Kedap, Guru dan ahli keluarga
Peserta melihat pemandangan luar
Peserta mengambil peluang bergambar sekitar Dataran Putrajaya
Tiga orang peserta Kedap bergambar membelakangi Masjid Putra
Peserta tiba di pusat membeli belah Alamanda Putrajaya
Peserta kelihatan keletihan sebaik menghabiskan lawatan ke Nilai 3

No comments:

Post a Comment