Wednesday, October 5, 2011

01 OKTOBER 2011 - HARI TANGGUNGJAWAB KORPORAT GLOBAL MAYBANK 2011

Maybank merupakan sebuah badan korporat yang begitu terkenal dan teguh di negara ini. Sebagai sebuah badan korporat yang dikenali ramai, Maybank tidak lupa akan tanggungjawab korporat ataupun khidmat sosial bagi menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada kumpulan yang memerlukan. Bersempena dengan Hari Tanggungjawa Korporat Global Maybank 2011, SK (A) Bukit Kemandol dipilih sebagai lokasi bagi pihak Maybank menjalankan pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan pembangunan pendidikan di sekolah ini. Seramai lebih kurang 200 orang kakitangan Maybank yang hadir bersama pegawai-pegawai bagi memeriahkan aktiviti yang melibatkan 130 orang murid yang turut hadir pada hari tersebut. Antara aktiviti yang dijalankan adalah sukaneka yang bertempat di padang sekolah, mengecat bangunan makmal komputer sekolah, menatahias dan menaik taraf kemudahan di pusat sumber sekolah, membersihkan tandas sekolah dan aktiviti-aktiviti sampingan yang lain. Pihak Maybank juga menyumbangkan sejumlah buku bagi kegunaan murid-murid serta cenderamata berupa beg sekolah yang mengandungi alatan penjagaan kesihatan diri dan alat tulis. Turut disumbangkan adalah alatan dat yang bukan sahaja sebagai satu sukan tetapi murid turut dapat mempelajari kaedah matematik melaluinya. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian pihak Maybank yang memilih sekolah kami bagi menjalankan aktiviti disamping memberi sumbangan yang begitu bermakna di dalam meningkatkan mutu pendidikan sekolah. Kami berharap di lain masa, program sebegini dijalankan secara berterusan dan merapatkan lagi hubungan antara sekolah dan badan korporat seperti Maybank. Terima kasih.
Murid-murid berkumpul sebelum acara bermula
Murid-murid menikmati sarapan pagi yang disediakan
Aktiviti sukaneka 1 - obstackle
Aktiviti sukaneka 2 - larian berhalangan
Aktiviti 3 - membawa pundi kacang atas kepala
Aktiviti 4 - membaca bola ping pong dengan sudu
Kakitangan Maybank bergotong royong membersihkan Pusat Sumber
Kelihatan kakitangan Maybank mengecat bangunan makmal komputer dan membersihkan kawasan sekitar sekolah
Murid mencuba permainan dat yang disumbangkan oleh pihak Maybank
Murid menikmati hidangan tengah hari
Pusat Sumber sekolah yang dinaik taraf oleh pihak Maybank
Kain rentang Program Global CR Day Maybank 2011

No comments:

Post a Comment