Thursday, October 6, 2011

02 Oktober 2011- Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011

Walaupun bulan Syawal telah sebulan berlalu,namun kehangatannya masih lagi terasa. Pada kesempatan yang ada, pihak sekolah bersama-sama penganjur Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), Surau Al-Hidayah Kg Bukit Kemandol, Jabatan Agama Islam Caw. Kuala Langat dan PIBK SK (A) Bukit Kemandol telah menganjurkan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri bagi meraikan penduduk kampung yang di adakan di dataran sekolah. Aturcara yang bermula pada jam 1145 pagi ini turut dihadiri tetamu-tetamu kehormat daripada PNSB, Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Selangor, Pegawai-pegawai PPD Klang, JKKK Kg Bukit Kemandol serta penduduk kampung dan murid-murid. Pelbagai hidangan disediakan dan persembahan dipertontonkan bagi menyemarakkan lagi majlis ini yang berakhir pada jam 3 petang. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak penganjur dan semua tetamu yang hadir dalam menjayakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri 2011 ini, semoga kita berjumpa lagi di tahun-tahun akan datang.
Banner sambutan Rumah Terbuka SK(A) Bukit Kemandol
Gerai sate antara tumpuan penduduk kampung

Nasi tomato antara menu utama yang disediakan
Penduduk kampung mengambil tempat di khemah yang disediakan
Gerai cendol turut menjadi tumpuan ramai
Pemandangan dari atas sekitar majlis 
Khemah disediakan bagi kegunaan penduduk kampung
Guru-guru menikmati makanan di meja yang dikhaskan
JKKK, En. Keling bersama tetamu kehormat yang hadir
En. Azmi Kamal bersama Timbalan Pengarah JPS, Pegawai PPD Klang bersama keluarga menikmati hidangan
Tetamu-tetamu kehormat yang turut kelihatan
Cik Nurhayati Tusiren selaku pengacara majlis
En. Azis Abdullah, Penegrusi PIBG menyampaikan ucapan
Persembahan tarian oleh murid-murid SK(A) Bukit Kemandol
Persembahan Tarian Tradisional Inang-inang dari belia Kg. Bukit Kemandol
Barisan guru-guru SK (A) Bukit Kemandol

No comments:

Post a Comment