Friday, March 11, 2011

12 MAC 2011 - 20 MAC 2011 - SELAMAT BERCUTI PENGGAL 1

3 bulan berlalu dengan pantas, hari ini (11 Mac 2011) merupakan hari terakhir persekolah bagi sesi penggal pertama tahun 2011. Sepanjang tiga bulan yang berlalu, pelbagai program dan aktiviti telah dijalankan selari dengan takwim yang telah dilaksanakan oleh pihak pentadbir. Bersempena dengan cuti sekolah ini juga, pihak sekolah telah menganjurkan satu Lawatan Sambil Belajar ke negeri Melaka pada 13 dan 14 Mac 2011 melibatkan murid tahap 2. Objektif program lawatan ini antara lain memberi peluang kepada murid-murid untuk melihat suasana dan masyarakat negeri lain di samping menimbulkan keseronokan yang jarang sekali mereka perolehi. Akhir kata, pihak sekolah mengucapkan SELAMAT BERCUTI dan gunakan masa cuti ini dengan aktiviti yang berfaedah dan bersama menjaga keselamatan diri.

No comments:

Post a Comment