Jam 2.00 petang, lebih kurang 20 orang kakitangan sekolah bersama pengusaha kantin telah melakukan lawatan tidak rasmi ke sekolah baru yang terletak berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah berhampiran dengan Saujana Putra. Perjalanan kali ini menggunakan laluan alternatif melalui jalan Kampung Seri Cheeding, sehinggalah ke laluan berbatu di Ladang Teh Boh Plantation. Perjalanan sepanjang 10km berikutnya memberi cabaran yang amat besar kerana keadaan jalan yang bukan sahaja berbatu, malah berlopak dan tidak rata serta berdebu. Satu jam berikutnya, kami sampai ke sekolah yang sudah terbina disamping barisan lot perumahan penduduk yang menunggu masa untuk diduduki tidak lama lagi. Hampir 1 jam melihat dan meninjau persekitaran, kami pulang dengan melalui Jalan Saujana Putra dan Jalan Kampung Lombong.
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Friday, March 11, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment