Monday, April 30, 2012

27 APRIL 2012 - PEJUMPAAN BERSAMA IBU BAPA MURID PRA-SEKOLAH & LINUS 2012

Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK, satu sesi taklimat dan perjumpaan bersama antara pihak pentadbir sekolah dengan ibu bapa murid Pra-sekolah dan LINUS telah dijalankan. Antara lain intipati perjumpaan pada kali ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa murid akan kepentingan pendidikan dan pelaksanaan Program LINUS yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Antara penyampai taklimat adalah Guru Prasekolah, Pn. Maslimah, Pegawai NKRA-LINUS sekolah, En. WM Zulhelmi, Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Siti Natasha dan Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal. Pihak sekolah berharap dengan kehadiran ibu bapa murid pra-sekolah dan LINUS ini dapat memotivasikan mereka agar memberi tumpuan yang terhadap kebajikan dan pendidikan anak-anak. Semoga usaha pihak sekolah ini memberi impak yang berterusan dalam kemandirian pendidikan anak-anak Orang Asli di Taman Desa Kemandol ini.
Sebahagian ibu bapa murid pra-sekolah dan LINUS yang hadir

Penyelaras taklimat, Guru Pra-sekolah,Pn. Maslimah

Pegawai NKRA-LINUS, En. WM Zulhelmi menyampaikan maklumat berkenaan Program LINUS

Barisan pentadbir bersama Pengerusi PIBG,En. Azis b Abdullah

Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan taklimat

En. Azmi Kamal, Guru Besar, SK (A) Bukit Kemandol

Friday, April 6, 2012

29 MAC 2012 - PERTANDINGAN SYAIR SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KLANG ZON B


Buat pertama kalinya, SK (A) Bukit Kemandol telah diberi peluang sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Syair Sekolah-sekolah Daerah Klang Zon B. Sebanyak 28 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini bagi merebut tempat bagi kejohanan seterusnya. Pertandingan ini berlangsung di dua tempat iaitu di dewan utama  (Zon B2) dan juga di kelas tahun 3 (Zon B1). Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berlangsungnya pertandingan ini di sekolah ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang!

Cikgu Baizura, Ustazah Norhayati dan Teacher Nurhelmi di meja pendaftaran peserta

Peserta-peserta bersama guru pengiring masing-masing memenuhi dewan bagi mendengar taklimat ringkas

Peserta-peserta berada di barisan hadapan di dalam bilik B1

Salah seorang peserta menyampaikan syair dengan penuh gaya

Barisan hakim dan ketua hakim (kiri) mendengar syair yang didendangkan oleh peserta

Peserta-peserta pertandingan bergambar beramai-ramai

Pegawai PPD Klang diiringi Cikgu Shahrezal dan Tuan Guru Besar ke Dewan Utama

Wednesday, March 21, 2012

21 MAC 2012 - PELANCARAN MINGGU ANTI DADAH & PENCEGAHAN JENAYAH 2012

20 MAC 2012 - PELANCARAN PROGRAM NILAM PERINGKAT SEKOLAH

Program NILAM 2012 SK (A) Bukit Kemandol telah dirasmikan oleh Pegawai PPD Klang, Pn. Hajah Siti Hajar bertempat di Dewan Cemerlang SK(A) Bukit Kemandol. Antara lain, antara aturcara program adalah sesi penyerahan buku program Nilam mengikut kelas dan nyanyian lagu Nilam. Semoga dengan pelancaran Program Nilam ini meningkatkan lagi minat membaca di kalangan murid-murid di sekolah ini. 

Tuesday, March 13, 2012

09 MAC 2012 - PROGRAM PENYERAHAN RM100 KEPADA MURID TAHUN 1/2012

Menutup tirai persekolah sesi penggal pertama 2012, Program Penyerahan Duit RM100 kepada murid Tahun 1/2012 telah di adakan di Dewan Cemerlang SKBK. Dihadiri Pengerusi JKKK Taman Desa Kemandol, En. Keling Anak Dun dan juga Pengerusi PIBG SKBK, En. Azis b. Abdullah bagi menyampaikan duit kepada ibu bapa murid Tahun 1. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran ibu bapa dalam melancarkan program yang dijalankan pada hari ini. Semoga dengan bantuan yang telah diterima dapat membantu murid di dalam persekolahan mereka.

En. Azmi Kamal meyampaikan ucapan alu-aluan.

Ibu bapa murid yang hadir semasa majlis penyampaian

Pengerusi PIBG, En. Azis bersama Pengerusi JKKK, En. Keling

En. Azmi Kamal menyampaikan ucapan

En. Aziz, Pengerusi PIBG menyampaikan ucapan.

En. Aziz menyampaikan bantuan RM100 kepada murid-murid

Ibu bapa menemani murid menerima bantuan RM100

En. Keling menyampaikan batuan RM100 kepada murid-murid