Bertempat di Dewan Cemerlang SKBK, satu sesi taklimat dan perjumpaan bersama antara pihak pentadbir sekolah dengan ibu bapa murid Pra-sekolah dan LINUS telah dijalankan. Antara lain intipati perjumpaan pada kali ini adalah bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa murid akan kepentingan pendidikan dan pelaksanaan Program LINUS yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Antara penyampai taklimat adalah Guru Prasekolah, Pn. Maslimah, Pegawai NKRA-LINUS sekolah, En. WM Zulhelmi, Guru Penolong Kanan HEM, Pn. Siti Natasha dan Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal. Pihak sekolah berharap dengan kehadiran ibu bapa murid pra-sekolah dan LINUS ini dapat memotivasikan mereka agar memberi tumpuan yang terhadap kebajikan dan pendidikan anak-anak. Semoga usaha pihak sekolah ini memberi impak yang berterusan dalam kemandirian pendidikan anak-anak Orang Asli di Taman Desa Kemandol ini.
|
Sebahagian ibu bapa murid pra-sekolah dan LINUS yang hadir |
|
Penyelaras taklimat, Guru Pra-sekolah,Pn. Maslimah |
|
Pegawai NKRA-LINUS, En. WM Zulhelmi menyampaikan maklumat berkenaan Program LINUS |
|
Barisan pentadbir bersama Pengerusi PIBG,En. Azis b Abdullah |
|
Guru Besar, En. Azmi Kamal menyampaikan taklimat |
|
En. Azmi Kamal, Guru Besar, SK (A) Bukit Kemandol |
No comments:
Post a Comment