Buat pertama kalinya, SK (A) Bukit Kemandol telah diberi peluang sebagai tuan rumah bagi Pertandingan Syair Sekolah-sekolah Daerah Klang Zon B. Sebanyak 28 buah sekolah telah menyertai pertandingan ini bagi merebut tempat bagi kejohanan seterusnya. Pertandingan ini berlangsung di dua tempat iaitu di dewan utama (Zon B2) dan juga di kelas tahun 3 (Zon B1). Pihak sekolah mengucapkan tahniah kepada peserta-peserta yang telah berjaya melayakkan diri ke peringkat seterusnya. Kami memohon kemaafan sekiranya terdapat kekurangan sepanjang berlangsungnya pertandingan ini di sekolah ini. Semoga berjumpa lagi di masa akan datang!
Cikgu Baizura, Ustazah Norhayati dan Teacher Nurhelmi di meja pendaftaran peserta |
Peserta-peserta bersama guru pengiring masing-masing memenuhi dewan bagi mendengar taklimat ringkas |
Peserta-peserta berada di barisan hadapan di dalam bilik B1 |
Salah seorang peserta menyampaikan syair dengan penuh gaya |
Barisan hakim dan ketua hakim (kiri) mendengar syair yang didendangkan oleh peserta |
Peserta-peserta pertandingan bergambar beramai-ramai |
Pegawai PPD Klang diiringi Cikgu Shahrezal dan Tuan Guru Besar ke Dewan Utama |
No comments:
Post a Comment