Monday, August 26, 2013

26 OGOS 2013 - SAMBUTAN HARI RAYA PERINGKAT SEKOLAH

Majlis Sambutan Hari Raya telah diadakan di sekolah dengan penglibatan bersama guru dan kakitangan,murid-murid serta Peserta Kelas Kedap. Antara aktiviti yang dijalankan sepanjang sambutan ini adalah pertandingan karaoke Raya di kalangan peserta Kedap secara berkumpulan, pertandingan solo karaoke terbuka dan pakaian raya tercantik di kalangan guru, murid dan ibu bapa. Sebelum menjamu selerea,peserta yang memenangi pertandingan dalam setiap acara diadakan menerima hadiah masing-masing. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada Badan Kebajikan Guru dan Kakitangan Sekolah serta semua pihaki yang terlibat dalam menjalankan Majlis Sambutan Hari Raya pada kali ini. 











































BARAAN RAYA 1.0 SKBK 2013

Seperti mana tahun sebelumnya, baraan raya sekali diadakan. Tujuan baraan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga sekolah dan pada masa yang sama dapat mengenali rumah antara satu sama lain. Baraan raya pertama di adakan pada 25hb bermula pada jam 900 pagi di rumah GPK HEM Pn. Norini (Sijangkang), Ustaz Khairuman (Jln Kg Baru), Pn. Mazlina (Banting), Guru Besar En. Hashim b Asmat (Sg Rambai), Pn. Maslimah (Taman Medan), En. Yusri (Bdr. Puteri), En. Mohd Afidzi (Telok Gadong), En. Zuhaili @ rumah Pengarah JPS, Tn. Hj Mahmud (Sg. Udang), En. Ayob, bekas GPK Koko (Meru) dan berakhir di rumah GPK Koko, En. Shahrezal pada jam 1130 malam. Pelbagai menu telah disediakan bagi meraikan guru-guru yang mengikuti baraan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang mengadakan majlis untuk program baraan pada kali ini dan diharapkan usaha ini akan dijadikan acara tahunan yang dapat mengekalkan hubungan persaudaraan sesama kita,inshaAllah.