Thursday, August 8, 2013

02 OGOS 2013 - SAMBUTAN IHYA RAMADAN 2013

Menghidupkan bulan Ramadan seperti mana tahun-tahun sebelumnya adalah Sambutan Ihya Ramadan. Program ini antara lain menjemput penduduk Islam di Taman Desa Kemandol bersama anak-anak mereka yang kebanyakan daripada mereka adalah murid-murid Islam di sekolah ini. Program bertempat di Surau Nur Al-Azhar, bermula pada jam 5 petang ini antara lain diisi dengan taklimat perjalanan program, tazkirah dan kuiz oleh ustaz jemputan,berbuka puasa,solat magrib berjemaah dan jamuan berat sebelum menunaikan solat Isyak, Terawih dan witir bersama-sama. Tambahan, pada masa yang sama ini juga, diadakan solat Hajat bagi murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR. Mengakhiri program adalah majlis penyampaian cenderamata kepada kontraktor yang memberi sumbangan dalam membina pagar surau sekolah dan jamuan moreh. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dalam mengimarahkan lagi sambutan Ihya Ramadan peringkat sekolah pada tahun ini. 





































No comments:

Post a Comment