Seperti mana tahun sebelumnya, baraan raya sekali diadakan. Tujuan baraan antara lain bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim di kalangan warga sekolah dan pada masa yang sama dapat mengenali rumah antara satu sama lain. Baraan raya pertama di adakan pada 25hb bermula pada jam 900 pagi di rumah GPK HEM Pn. Norini (Sijangkang), Ustaz Khairuman (Jln Kg Baru), Pn. Mazlina (Banting), Guru Besar En. Hashim b Asmat (Sg Rambai), Pn. Maslimah (Taman Medan), En. Yusri (Bdr. Puteri), En. Mohd Afidzi (Telok Gadong), En. Zuhaili @ rumah Pengarah JPS, Tn. Hj Mahmud (Sg. Udang), En. Ayob, bekas GPK Koko (Meru) dan berakhir di rumah GPK Koko, En. Shahrezal pada jam 1130 malam. Pelbagai menu telah disediakan bagi meraikan guru-guru yang mengikuti baraan. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang mengadakan majlis untuk program baraan pada kali ini dan diharapkan usaha ini akan dijadikan acara tahunan yang dapat mengekalkan hubungan persaudaraan sesama kita,inshaAllah.
Sekolah Kebangsaan (Asli) Bukit Kemandol K9 merupakan sekolah khas yang dibangunkan bagi masyarakat Orang Asli bagi persekolahan rendah dan menengah. Sekolah ini berada di bawah pengurusan Pejabat Pendidikan K.Langat. Menempatkan 153 orang murid dan 26 orang guru serta 4 kakitangan sokongan. Sekolah ini dihubungi melalui Jalan Kebun, atau Jalan Banting-Klang serta lebuhraya SKVE.Maklumat lanjut melalui telefon atau fax pada nombor 0333631323 atau email di bba1039@btpnsel.edu.gov.my
Monday, August 26, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment