Tuesday, July 31, 2012

14 & 15 Julai 2012 - PERKHEMAHAN PERDANA TKRS













Perkhemahan Perdana TKRS telah dijalankan dengan jayanya pada 14 & 15 Julai 2012 bertempat di Dataran Perhimpunan SKBK yang lalu. Seramai 60 orang murid terlibat dan menjalankan pelbagai aktiviti seperti kawad kaki, pertolongan cemas, ikatan, masakan dan persembahan kebudayaan. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih di atas semua yang terlibat di dalam menjayakan perkhemahan ini dan di harap murid-murid mendapat ilmu dan manfaat yang berguna sepanjang perkhemahan ini berlangsung.








Wednesday, July 11, 2012

10 JULAI 2012 - SENAMROBIK 1 MURID 1 SUKAN

Dataran SKBK menjadi saksi kepada pelancaran Program Senamrobik 1 Murid 1 Sukan yang dijalankan serentak seluruh negara. Aktiviti bermula dengan pendaftaran peserta serta taklimat ringkas daripada GPK Koko, En. Shahrezal seterusnya senamrobik dimulakan yang dipimpin oleh tiga orang guru, En. Yusri, En. Afidzi dan En. Azrin. Turut serta di belakang perbarisan adalah Tuan Guru Besar, En. Azmi Kamal, YDP PIBG En. Azis dan guru-guru serta kakitangan sekolah. Pihak sekolah mengharapkan program sebegini dapat meningkatkan mutu kecergasan murid-murid dan memberi pendedahan akan salah satu sukan iaitu senamrobik. Berikut sekitar program senamrobik berlangsung.

Murid beratur untuk pendaftaran
GPK Koko, En. Shahrezal memberikan taklimat ringkas
Murid-murid berkumpul di dataran perhimpunan sebelum acara bermula
GPK Koko, En. Shahrezal menyampaikan sedikit taklimat
Murid mengatur baris bagi mendapatkan ruang yang selesa
Tiga orang guru sebagai instruktor - En. Yusri, En. Afidzi dan En. Azrin
Rentak langkah bermula
Mentari pagi menyimbah sinarnya seceria senamrobik beramai-ramai ini
Murid menggayakan mengikut rentak dan gerak guru-guru
Turut kelihatan guru-guru turut bersama di belakang murid-murid

Monday, July 9, 2012

07 Julai 2012 - LADAP KSPK & Ceramah Motivasi

sedang dikemaskini








06 - 08 Julai 2012 - PROGRAM 1 SKBK 1 IMPIAN - JOM PECUT UPSR di Kem Mega Crytal, K. Selangor

Bertempat di Kem Mega Crystal, K. Selangor di kaki Bukit Melawati, Program Jom Pecut di bawah kelolaan Unit Kurikulum telah diadakan bertujuan mempersiapkan diri murid-murid Tahun 6 bagi menghadapi UPSR yang akan tiba hampir dua bulan lagi. Program ini telah menjemput penceramah-penceramah dari luar yang terdiri dari pakar subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik. Pada masa yang sama, guru-guru terlibat dengan sesi motivasi yang turut disampaikan oleh konselor yang mempunyai kepakaran dan pengalaman. Pada masa yang sama, aktiviti sampingan turut diselitkan antaranya menaiki Bukit Melawati dan aktiviti riadah. Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Program Jom Pecut dan di harap semua murid yang terlibat mengambil peluang dan kesempatan yang diberikan untuk memperbaiki diri mereka di dalam pembelajaran.
Murid mempersiapkan diri untuk bergerak dari sekolah dengan kenderaan guru

Tn. Hj Azhar menyampaikan Ceramah Motivasi

Tn. Haji Azhar merupakan kaunselor Pentadbiran PPD Klang
Aktiviti riadah

Teknik Menjawab Matematik disampaikan oleh En. Mohd Hafiz

En. Fadrizal menyampaikan teknik menjawab Bahasa Inggeris
Riadah petang - guru-guru bersama murid-murid menaiki trem ke Bukit Melawati

Trem bergerak setelah murid mengambil tempat masing-masing

Murid-murid memerhatikan pemandangan semasa trem mendaki bukit
Pemandangan di atas Bukit Melawati

Murid bergambar di rumah api yang menjadi landmark kepada Bukit Melawati

Murid memerhatikan pameran di dalam muzium

Cikgu Norhayatai bersama murid bergambar pada kubu meriam
Ini anak monyet saya..heheh

Murid bergambar di hadapan Baitulhilal Bukit Melawati

Ala chomel,chomelnya dia...

Tumpuan diberikan oleh murid-murid pada sesi terakhir program

Pn. Hajah Morni menyampaikan teknik menjawab Bahasa Melayu
En. Azmi Kamal menyampaikan taklimat ringkas dan menutup program

Turut diselitkan nasihat dan tips dalam meneruskan kejayaan di dalam UPSR