Minggu Pusat Sumber kembali lagi. Pada tahun ini, Program Minggu Pusat Sumber di bawah En. Adam b. Ahmad sebagai penyelaras. Pelbagai aktiviti dijalankan membabitkan pembahagian murid tahap 1 (tahun 1 dan 2) dan tahap 2 (tahun 3,4,5 & 6). Murid tahap 1 ditempatkan di Pusat Sumber bagi menjalankan aktiviti yang dikendalikan oleh Cikgu Mohd Kamil dan Cikgu Norbaizura sementara guru-guru lain berada di stesen-stesen antaranya di kantin (aktiviti meneka rasa), kelas Tahun 3 (membina roket/jet), makmal sains (membina menara kertas), bilik komputer (memahami tayangan video), bilik BBM (silent comedy) dan di Dewan Gemilang (Tari Cina). Majlis penutup dijalankan di Dewan Cemerlang beserta dengan majlis penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang di dalam pertandingan yang dijalankan. Berikut gambar sekitar program Minggu Pusat Sumber SKBK.
Murid Tahun 1 & 2 menyiapkan carta abjad |
Memahami tayangan video |
Membina jet kertas |
Merasa pelbagai jenis bahan berperisa |
Silent Comedy |
Membina menara kertas |
Tari Cina |
Melengkapkan puzzle |
Membina kolaj |
Majlis Penutupan |
Ucapan Penyelaras Program, En. Adam b. Ahmad |
En. Abdul Halim menyampaikan hadiah |
Pn. Siti Natasha menyampaikan hadiah |
En. Azmi Kamal menyampaikan hadiah |
Guru Besar, En. Azmi Kamal merasmikan majlis |